Selasa, Mac 02, 2010

UMNO Lanun?Tak hormat Tok Guru adalah mainan UMNO! Awang Adek, kenapa mu nie?

Sabotaj elak MB lepaskan pelumba LTdL | Print |  E-mail
Mohd Nor Yahya   
KOTA BHARU, 1 Mac: “Kami telah berbincang dan bersetuju memberi penghormatan kepada Menteri Besar bagi melepaskan pelumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) seperti tahun-tahun lepas. Namun malangnya ada sabotaj di saat-saat akhir apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pula diminta penganjur melepaskan peserta, sedangkan Menteri Besar ada pada majlis berkenaan,” kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood (gambar).

Menurutnya, tindakan pihak penganjur itu secara jelas telah memperlekehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri.

“Sedangkan sejak peringkat awal lagi perlumbaan LTdL diadakan kita memberi segala kerjasama sebaik mungkin,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.
Upacara pelepasan pelumba ke Kuala Berang, Terengganu diadakan di Dataran Rehal pagi tadi.

Dan tengah hari semalam, Menteri Besar hadir pada program pengenalan pasukan bertanding yang diadakan di sebuah hotel.
Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri telah memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program tersebut.

Malah katanya, persetujuan telah dicapai di mana acara pelepasan dilakukan Menteri Besar, namun apa yang berlaku pagi tadi begitu mendukacitakan. Oleh itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur bagi menyatakan kekesalan terhadap insiden terbabit.

Abdul Fattah juga mendakwa tindakan Awang Adek dianggap biadap kerana semasa ketibaan Menteri Besar beliau tidak bangun, sedangkan VIP menghormati kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
-------------------------------
yusz felda : UMNO memang gila kuasa.. jika dia ada niat cemari imej MB, salah tu.. awatnya dia merendah diri sikit, jika penganjur ada tekanan pun, janganlah pulak begitu.. nampak bodoh penganjur.. tak profesional langsung!

Tiada ulasan: