Selasa, Mac 09, 2010

Filem Avatar, ciplak idea novel ' The Legend of The Clue Crow' karya warga China?

Mahkamah Beijing tolak saman terhadap Avatar

Image results for filem avatar

                      

 

BEIJING 8 Mac - Mahkamah Beijing menggugurkan kes ke atas pengarah filem Avatar, James Cameron yang difailkan seorang rakyat China, yang mendakwa idea menghasilkan cereka sains itu diambil daripada sebuah novelnya yang disiarkan dalam talian.

Zhou Shaomou menuntut lapan peratus daripada keseluruhan hasil kutipan filem itu yang disiarkan di seluruh dunia kerana mendakwa memplagiat.Filem paling menguntungkan sepanjang zaman itu mengaut lebih AS$2 bilion (RM6.6 bilion) daripada kutipan tiket.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan untuk membuang kes itu, dengan menyatakan bahawa tiada bukti mencukupi, lapor akhbar Global Times, hari ini.Mahkamah secara rasminya menolak untuk membicarakan kes berkenaan.

Zhao berkata, jalan cerita Avatar yang memaparkan bekas anggota marin Amerika Syarikat (AS) yang menderita sejenis penyakit dan dihantar untuk menetap bersama makhluk asing berwarna biru di Pandora, mempunyai persamaan dengan sebuah novel yang ditulisnya pada 1997.

Novel bertajuk The Legend of the Clue Crow disiarkan di dua laman web segmen di China pada 1999, kata laporan itu. "Avatar adalah sebuah filem yang diilhamkan daripada idea saya tetapi dijadikan tayangan filem oleh James Cameron.

"Namun, dia tidak pernah membayar kepada saya apa-apa bayaran kerana meniru idea saya," kata penulis berkenaan. Laman web rasmi filem berkenaan menyatakan bahawa Cameron sudah menghasilkan idea untuk filem itu sejak 15 tahun lalu, beberapa tahun sebelum novel Zhou disiapkan.

----------------------------
yusz : biasalah tu, zaman sekarang ni apa sahaja boleh ditiru.. bila masuk mahkamah, kena juga pakai lawyer yang mantap.. harap emosi dan berani sahaja payah... difahamkan novelis China ni akan berusaha untuk membawa kes ini ke mahkamah kali ke 2

Tiada ulasan: