Selasa, Mac 16, 2010

Risda pula masuk ke Sabah, betul bantu pekebun kecil @ kenyangkan perutkan yang kecil? he he..

RISDA KE SABAH BANTU PEKEBUN KECIL GETAH PDF Print E-mail
Written by Admin   
Saturday, 13 March 2010 20:08

KENANGAN…Jamawi (tengah) berbaju putih manakala dikanan beliau, Halim bersama para peserta yang menghadiri program berkenaan.

Oleh: MAIL MATHEW

PEGAWAI Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan, Jamawi Jaafar, menegaskan bahawa kemasukan satu lagi agensi kerajaan Persekutuan seperti RISDA ke negeri ini akan memberi manfaat kepada para pekebun kecil yang agak ketinggalan berbanding pekebun kecil di Semenanjung.

Katanya, setakat ini sudah lebih satu ribu ahli telah mendaftar dengan Risda di seluruh kawasan di Sabah terdiri daripada golongan petani.
“Tumpuan diberikan kepada petani yang memiliki kawasan tanah keluasannya sekurang-kurangnya 100 ekar di mana Risda akan memberi bantuan sebanyak RM7,000 setiap satu hektar,” kata beliau dihadapan kira-kira 200 peserta taklimat tersebut yang diadakan di Dewan Seri Antanom, Tenom, pada Sabtu.

 

DAFTAR....Para peserta berpusu-pusu mendaftar sebagai ahli KOSPEB (Koperasi Pekebun Kecil Bumiputera Sabah)
--------------------------------
yusz : FElda masuk Sabah, pun rakyat Sabah masih lagi mundur dalam banyak hal berbanding semenanjung.. sekarang Risda lagi, ntahlah...  


Tiada ulasan: