Berita Harian bertarikh 24 Februari 2010 – (SMS) HARAP KPM DAPAT KEMBALIKAN CUTI PERSEKOLAHN PERTENGAHAN PENGGAL
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS Pembaca dalam ruangan SMS dalam akhbar Berita Harian bertarikh 24 Februari 2010 – Harap KPM dapat kembalikan cuti persekolahn pertengahan penggal.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM sangat mengalu-alukan pandangan pengirim ‘sms’ menerusi akhbar ini. Pihak kami akan cuba meneliti semula cuti pada tahun-tahun akan datang. Namun semua cuti-cuti sekolah tersebut telah diambilkira dari pelbagai pihak dan mengikut kesesuaian jumlah hari belajar (persekolahan) separuh penggal.
Pada masa kini cuti persekolahan mempunyai empat peringkat seperti berikut:
i. 13 hingga 21 Mac 2010 - cuti antara penggal
ii. 5 hingga 20 Jun 2010 - cuti penggal pertama
iii. 4 hingga 12 september 2010 - cuti antara penggal
iv. 20 November hingga 31 Disember 2010 - cuti penggal kedua
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan