Friday, March 12, 2010
Mengapa Felda Begitu Takut Dengan Mazlan Aliman??
Salam, selamat bertemu kembali..
Penulis begitu pelik dengan reaksi Felda yang sejak akhir-akhir ini begitu agresif dengan tindakan seorang generasi kedua Felda bernama Mazlan Aliman. Apakah hanya kerana beliau memimpin ANAK, sebuah NGO yang pandangannya tidak sealiran dengan MBFM dan Felda, beliau dicop sebagai pemecah belah masyarakat Felda.??
Memang diakui, beliau merupakan AJK Pas Pusat, namun hakikat yang tak boleh dinafikan sesiapa ialah beliau sememangnya merupakan anak jati Felda Bukit Ramun di Kulai, Johor. Beliau memang keturunan Felda..
Jadi apa masalahnya sehingga beliau ditahan di lokap polis atas alasan menceroboh kawasan Felda Lembah Klau.?? Hinggakan nak buat dialog dengan peneroka di dalam kawasan rumah pun tidak dibenarkan.. Nescaya, cara pengurusan Felda dan cara Felda menangani isu ini akan ditertawakan oleh generasi kedua Felda pada hari ini.. Kami selaku generasi kedua Felda di Jengka bukanlah bodoh sehingga boleh diperkudakan oleh sesiapa. Kami boleh berfikir dengan matang, bukan semborono, kami generasi berpendidikan, kami boleh membezakan sendiri apa yang salah, apa yang betul...
Jika Mazlan Aliman didakwa menabur fitnah terhadap Felda dengan hasil kajian 15 tahunnya menerusi buku "Felda : Dulu Tolong Sekarang Along", Felda perlu berani meneruskan tindakan samannya terhadap Mazlan. Bawa kes ke mahkamah dan biar mahkamah menentukannya, Mazlan akan dedahkan segala bukti-bukti yang ada padanya dan Felda juga kemukakan bukti bagi menunjukkan dakwaan Mazlan dalam buku berkenaan adalah fitnah belaka.. Jangan hanya "berkokok di tepi rumah sendiri", panggil Sinar Harian, panggil Utusan Malaysia, panggil TV3, dan melolong sekuatnya,"..Kamilah pembela peneroka Felda.."
Di sini penulis titipkan sedikit catatan dari blog seorang sahabat di SINI
Sebenarnya Felda semakin panas dengan laporan Suhakam yang dibuat Mazlan minggu lepas berkaitan dengan penipuan dan penindasan Felda kepada peneroka. Sebelum itu mereka berhadapan dengan tindakan mahkamah peneroka Felda di Kelantan atas penipuan gred sawit. Mahkamah telah mengarahkan Felda membayar ganti rugi kepada peneroka-peneroka ini.
Selepas itu, mereka tertekan dengan ratusan dialog dan ceramah penerangan yang dibuat oleh Mazlan Aliman bersama kumpulannya di seluruh Felda di Malaysia mendedahkan kepincangan dan penindasan Felda kepada peneroka. Boleh dikatakan lebih 80 peratus Felda di Malaysia sudah dimasuki Mazlan Aliman. Malah ada Felda yang dimasuki tiga hingga lima kali atas permintaan peneroka-peneroka sendiri.
Ini menyebabkan Felda tertekan dengan kebangkitan rakyat peneroka yang mula reti erti undang-undang dengan membawa berbagai-bagai kes ke mahkamah, membuat pendedahan kepada media, mengajurkan konvensyen dan kemuncaknya berhimpun di Suhakam membuat aduan.
Laporan Suhakam itu mendapat liputan besar-besaran oleh media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysia Kini dan juga akhbar-akhbar arus perdana. Dunia luar Felda terkejut dengan laporan-laporan ini kerana sangkaan mereka, peneroka felda ini orang yang sangat dimanjakan oleh kerajaan sejak dahulu kerana selama ini berita-berita manis sahaja didengar mereka. Namun laporan kepada Suhakam itu menyebabkan tekanan yang Felda hadapi semakin memuncak.
Baca lagi di SINI ( http://nasaieismail.blogspot.com)
Baca juga di Mazlan Aliman Pejuang Peneroka (http://tukulbesi.blogspot.com)
p/s : Nak marah, marah lah..
http://reformismuda.blogspot.com/
Posted By Pak Tam Jengka at 12:18 PM 0 comments
Labels: FELDA, PESANAN, SEHARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan