Rabu, Mac 24, 2010

Cuti-cuti ke Semporna, Sabah! Tempat DS Shafie Afdhal.. DS dok komen pasai Kedah.. cuba tengok tempat dia..

Kawasan kedai agak usang dan tidak tersusun... mana duit peruntukan kerajaan untuk Parlimen Semporna.. takkan tak boleh indahkan sikit?

  
BN perintah kawasan Semporna dah lama.. kebanyakan masyarakat di sini merupakan suku kaum Bajau.. dari Pekan Semporna (sepatutnya Bandar) ke Pulau Bum-Bum menggunakan sampan/bot/kapal.. itu lah kenderaan rasmi.. Jambatan? ntahlah... 

  
Inilah dia ciri menarik Semporna.. kalau tak mai sini TAK SAH! Floating atau hotel terapung.. katanya arkitek dari Philipina terlibat membina kawasan pelancongan menarik ini..

  
Ummi dan waseelah di laluan menuju kolam ikan.. namun dek kelewatan kami, maka tidak dibenarkan masuk. Lagipun, pemandangan agak gelap untuk melihat ikan-ikan di situ.. Ikan putih sebesar paha orang dewasa antara yang terdapat di sini.. bagi yang menetap di hotel terapung, bayaran masuk ke kawasan kolam peliharaan ikan percuma sahaja.. 


  
Rifqeiy suka sangat main game ni... 

  
Gambar menarik berlatar belakangkan pejabat resort ni..  yang mahal di bahagian laluan utama dan berdekatan pejabat.. bilik yang murah agak terkebelakang, namun tetap mempunyai keunikan tersendiri... kita mandi dan air mengalir terus ke laut.. bila air pasang, naik air hingga mencecah paras lantai tandas kadang-kadang.. menyeramkan jugak! He he..


   
Percaya atau tidak, 'igal lounge' dengan logo Syarikat Arak Carlsberg wujud di hotel terkenal di Semporna.. hotel ini kerap menempatkan pegawai-pegawai bahkan pemimpin negara termasuklah DS Shafie.. jelas bertentangan dengan Islam! Apa yang DS Shafie buat, pernah menegur??? Hotel Sea Fest ini mengadap laut menghala ke Pulau Bumbum.. Sedih bukan?

Tiada ulasan: