ISA diguna di bangkok
BANGKOK 8 Mac - Timbalan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan, Suthep Thaugsuban akan mencadangkan kepada kabinet esok untuk menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 11 hingga 23 Mac di Bangkok dan kawasan sekitarnya ekoran kemungkinan berlaku keganasan semasa rapat umum Baju Merah selama tiga hari mulai 12 Mac.
Katanya, cadangan itu dibuat pada mesyuarat Jawatakuasa Pemantau Keselamatan hari ini di ibu pejabat tentera di sini. Mesyuarat itu dihadiri oleh para panglima tertinggi tentera termasuk Panglima Tentera Darat Jeneral Anupong Paojinda dan pemangku Ketua Poli&s Jeneral Polis Patheep Tanprasert.
"Kita perlu isytihar ISA bagi menghalang berlakunya keganasan," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat itu. Katanya, jawatankuasa itu membuat cadangan itu selepas mengambil kira UDD tidak akan dapat mengawal penunjuk perasaan.
Dengan menguatkuasakan ISA, tentera akan mengambil alih tugas daripada polis dalam menjamin keselamatan di kawasan-kawasan tertentu dan perhimpunan awam akan dilarang.
Barisan Bersatu bagi Demokrasi menentang Diktator (UDD), yang mengetuai penunjuk perasaan kemeja merah, merancang menghimpunkan sejuta orang dari seluruh negara mulai Jumaat dan berhimpun di ibu negara menjelang Ahad.
Ketua UDD, Natthawut Saikua berkata demonstrasi terbesar itu diadakan dalam negara bertujuan mendesak kerajaan membubarkan parlimen, bagi membuka laluan untuk pilihan raya umum baru. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan