Selepas 40 tahun, ke mana haluan OIC? |
Haris Zalkapli Fri | Sep 25, 09 | 2:40:38 pm MYT | |||||||
PENDAPAT Pertubuhan Persidangan Islam, yang lebih dikenali dengan singkatan dalam bahasa Inggerisnya, OIC, hari ini memasuki tahun ke 40 penubuhannya. Organisasi yang ditubuhkan pada 25 September, 1969 sebagai reaksi satu tindakan musuh di Palestin itu kini berdepan cabaran yang kritikal, memandangkan isu berhubung Islam yang mendominasi wacana politik dunia hari ini.
Sekitar masa OIC mencecah usia 40 tahun, beberapa negara ahli menjadi tumpuan dalam politik dunia, dengan sebab-sebab yang tidak boleh dibanggakan. Iraq yang mula menyaksikan pengunduran tentera asing dari wilayahnya masih berdepan serangan-serangan berdarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Afghanistan dan Pakistan � yang mendapat perhatian meluas sejurus selepas peristiwa 11 September, 2001 � menjadi tumpuan dunia ekoran aktiviti Taliban dan al-Qaeda. Perang saudara masih berlaku di Yaman, dengan saranan gencatan senjata dilaporkan dicabul pada sama seluruh dunia Islam menyambut Aidilfitri. Pada masa sama, dua negara berpengaruh dunia Islam, Arab Saudi dan Iran dilihat terlibat dalam percaturan politik masing-masing untuk menguasai negara itu. Di Amerika Syarikat, presiden negara itu Barack Obama menjadi orang tengah pertemuan pemimpin Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, yang berakhir tanpa sebarang kemajuan, yang bermakna Israel terus dengan dasar merampas tanah Palestin. Di Asia Tenggara, hubungan Malaysia dan Indonesia terjejas berhubung aktiviti militan Noordin Mohammad Top, warga negara Malaysia yang didakwa menjadi dalang dalam serangan-serangan teror di Indonesia. Di semua tempat tersebut, OIC tidak dilihat sebagai memainkan peranan yang sewajarnya sebagai pertubuhan yang dianggotai negara-negara terbabit. Palestin, isu sentral dalam dunia Islam tidak mengundang reaksi keras daripada OIC dan negara-negara berpengaruh yang menganggotainya. Dalam banyak kes, isu Palestin � dan isu-isu lain melibatkan dunia Islam � dijadikan alat rejim-rejim negara Islam untuk politik domestik dan membina pengaruh serantau, seperti dilakukan Saddam Hussein semasa memerintah Iraq dan pada tahap tertentu, Iran pada masa ini melalui Hari al-Quds. Hal yang sama berlaku di Malaysia, negara yang parti pemerintahnya sering menggunakan keanggotaan dalam OIC untuk kepentingan politik domestik. Satu contoh, Malaysia sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB semasa penaklukan Kuwait oleh Iraq pada 1990 menyokong sekatan PBB dikenakan terhadap Iraq dan menyokong Resolusi Majlis Keselamatan 678 yang membenarkan Iraq diserang oleh pasukan tentera pelbagai negara diketuai AS. Lebih 10 tahun selepas itu, ketika Iraq berdepan ancaman serangan kedua diketuai AS, Malaysia yang tidak berada dalam Majlis Keselamatan PBB bersuara lantang mengecam serangan ke atas Iraq. Pada masa itu juga, pemimpin-pemimpin politik parti pemerintah menyertai demonstrasi antiperang (dan pada masa sama pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang juga mengadakan demonstrasi dihalang dengan keras). Masalah kredibiliti ini berlaku di hampir semua negara Islam dalam OIC yang politiknya terus dicorakkan oleh persaingan negara-negara berpengaruh dan persaingan kumpulan yang pro-AS seperti Arab Saudi, Turki, dan Mesir dengan kumpulan anti-AS seperti Iran dan Libya. Abdullah al-Ahsan, profesor sejarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam tulisannya di akhbar Turki, Today�s Zaman menjelaskan masalah kredibiliti dan perbezaan kecenderungan politik ini. Beliau menulis, pada 1978 OIC menerima resolusi untuk tidak membenarkan tentera asing ditempatkan di wilayah negara ahli dengan tujuan menjadikan negara ahli lain sebagai sasaran. Tulisnya, dalam tempoh beberapa tahun, beberapa negara ahli mencabul komitmen itu dan OIC terus hilang kredibiliti sebagai broker keamanan apabila menyokong Iraq dalam perang Iran-Iraq yang bermula pada 1980. Jelas Abdullah lagi, pada masa kini, beberapa negara anggota OIC membenarkan tentera AS ditempatkan di wilayah mereka. Semasa bermula perang pertama terhadap Iraq pada awal 1990-an, Arab Saudi membenarkan wilayahnya digunakan untuk menempatkan tentera AS, manakala Turki � sebuah negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato � menjadi lokasi satu pangkalan tentera AS yang penting di Asia Barat. Dalam dunia yang ditakrifkan oleh kuasa dunia sebagai era terorisme global yang mudah dikaitkan dengan Islam, OIC tidak mampu melakukan tindakan yang konkrit, malah tidak bersuara sebagai satu entiti di peringkat antarabangsa. Malah, beberapa negara mempunyai kepentingan yang lebih utama untuk aktif bersama pertubuhan serantau dan pertubuhan lain yang lebih berpengaruh, seperti Turki dalam Nato dan Kesatuan Eropah, Iran dengan Pertubuhan Kerjasama Shanghai, dan banyak lagi negara lain yang berkepentingan untuk menjaga hubungan dengan sekutu kuasa besar. OIC perlu dinilai semula dari segala sudut supaya dapat berubah menjadi pertubuhan yang berkredibiliti dan mempunyai keabsahan dalam kalangan negara-negara Islam. Sebagai pertubuhan yang dianggotai 57 buah negara, OIC mampu bergerak sebagai pertubuhan berpengaruh sekiranya bersatu dalam hal-hal kepentingan bersama. Cabaran untuk bersetuju tentang kepentingan bersama inilah yang perlu diselesaikan supaya sekurang-kurangnya dalam hal-hal paling penting kepada umat tidak menjadi korban dan diperalatkan untuk kepentingan politik domestik dan serantau. _ |
--------------------------------------------------------
http://ms.wikipedia.org
Pertubuhan Persidangan Islam
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| |||
Ibu pejabat | Jeddah, Arab Saudi | ||
Bahasa rasmi | Arab, Inggeris, Perancis | ||
Keahlian | 57 Negara Ahli 5 Negara Pemerhati | ||
Setiausaha Agung | Prof. Dr. Ekmeleddin Ihsanoglu (Turki) | ||
Penubuhan – Rabat, Maghribi | 25 September 1969 12 Rejab 1389 Hijrah |
Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC (منظمة المؤتمر الإسلامي; Organization of the Islamic Conference) merupakan satu organisasi antarabangsa di kalangan negara-negara Islam.
[sunting] Sejarah dan matlamat
Matlamat utama OIC adalah "untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain; bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia dll".
Organisasi ini ditubuhkan di Rabat, Maghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.
Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan Utara Afrika. Terdapat juga ahlinya dari negara-negara Asia Tenggara, Eropah, dan Amerika Selatan.
Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kini Malaysia adalah pengerusi OIC.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi ummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negara termasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25 negara itu yang dianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili oleh perdana menteri masa itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sidang kemuncak berikutnya diadakan:-
- Lahore, Pakistan (1972)
- Makkah/Taif, Arab Saudi (1981)
- Casablanca, Maghribi (1984)
- Dakar, Senegal (1991)
- Casablanca, Maghribi (1994)
- Teheran, Iran (1997)
- Doha, Qatar (2000)
- Putrajaya, Malaysia (2003)
[sunting] Setiausaha Agung OIC
- Tunku Abdul Rahman (Malaysia 1971-1973)
- Hassan Al-Touhami (Mesir 1974-1975)
- Dr Amadou Karim Gaye (Senegal 1975-1979)
- Habib Chatty (Tunisia 1979-1984)
- Syed Sharifuddin Pirzada (Pakistan, 1985-1988)
- Dr Hamid Algabid (Niger, 1989-1996)
- Dr Azeddine Laraki (Maghribi, 1997-2000)
- Dr Abdelouahed Belkeziz (Maghribi, 2001-2004)
- Prof Dr Ekmeleddin Ihsanoglu (Turki, 2005-)
[sunting] Keanggotaan
Keanggotaan awal adalah 26 negara
- Afghanistan (1969)
- Algeria (1969)
- Arab Saudi (1969)
- Chad (1969)
- Mesir (1969)
- Guinea (1969)
- Indonesia (1969)
- Iran (1969)
- Jordan (1969)
- Kuwait (1969)
- Lubnan (1969)
- Libya (1969)
- Malaysia (1969)
- Mali (1969)
- Mauritania (1969)
- Maghribi (1969)
- Niger (1969)
- Pakistan (1969)
- Palestin (1969)
- Senegal (1969)
- Somalia (1969)
- Sudan (1969)
- Surinam (1969)
- Tunesia (1969)
- Turki (1969)
- Yaman (1969)
- Azerbaijan (1972)
- Bahrain (1972)
- Oman (1972)
- Qatar (1972)
- Sierra Leone (1972)
- Syria (1972)
- Bangladesh (1974)
- Burkina-Faso (9174)
- Cameroon (1974)
- Gabon (1974)
- Gambia (1974)
- Guinea-Bissau (1974)
- Uganda (1974)
- Iraq (1975)
- Comoros (1979)
- Maldives (1979)
- Djibouti (1978)
- Benin (1983)
- Brunei Darussalam (1984)
- Nigera (1986)
- Albania (1992)
- Kyrgyzstan (1992)
- Tajikistan (1992)
- Turkmenistan (1992)
- Mozambique (1995)
- Kazakhstan (1995)
- Surinam (1996)
- Uzbekistan (1996)
- Togo (1997)
- Guyana (1998)
- Cote-Divoire (2001)
1 ulasan:
Nonfoutindiny Anquan Boldin Jersey
Matt Schaub Jersey
Ben Tate Jersey
Enliptlig
Catat Ulasan