Rabu, September 30, 2009

AMARAN TSUNAMI DITARIK BALIK! ALHAMDULILLAH..

Pusat Amaran Tsunami Pasifik tarik balik amaran tsunami(b.harian.com.my)

KUALA LUMPUR: Selepas kurang satu jam Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami ke atas Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, pusat terbabit menarik balik amaran berkenaan.


Ia susulan gempa bumi kuat yang melanda selatan Sumatera berukuran 7.9 Richter pada jam 6.20 petang tadi yang turut menggegarkan pantai barat Semenanjung.

Laporan Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), menyatakan bahawa gempa yang berlaku jam 5.16 petang (waktu Jakarta) di selatan Sumatera membabitkan Kuala Lumpur dengan jarak 480 kilometer dari pusat gempa; Padang, Pekanbaru dan Sibolga.

---------------------------------------------------

teringat kita tsunami 2004.. rupanya dah 5 tahun berlalu.. apakah kita tak terasa bahana yang makin menjadi-jadi sebagai satu 'jentikan' telinga yang 'pekak' dari PERINGATAN ALLAH?

Tiada ulasan: