Khamis, September 03, 2009

GEMPA BUMI LAGI! 7.0 DI JAKARTA

Gempa bumi landa selatan Indonesia(BERITA HARIAN-3/9/09)


JAKARTA: Satu gempa bumi besar melanda selatan Indonesia semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh kerana dihempap batu atau bangunan runtuh selain mencetuskan huru-hara apabila beribu-ribu pekerja cuba keluar dari pejabat untuk menyelamatkan diri.

Hospital segera dipenuhi mangsa yang cedera selepas gegaran 7.0 pada skala Richter melanda kawasan pantai pulau Jawa yang juga menjadi tempat tinggal kebanyakan daripada 235 juta penduduk Indonesia.

Pegawai menjangka angka kematian dan kecederaan akan meningkat. Pegawai Kementerian Hal Ehwal Sosial, Mardi berkata, lebih 700 rumah dan bangunan rosak teruk.

----------------------

DUNIA MAKIN CANTIK TETAPI MAKIN TUA... DIA AKAN MENYERONOKKAN KITA TETAPI AKAN MEMUSNAHKAN KITA AKHIRNYA... KITA MUSNAH DENGAN AMALAN YANG SIAP SEDIA UNTUK DISEMBAHKAN DI HADAPAN ALLAH, TAK ADA MASALAH...

Tiada ulasan: