Isnin, September 21, 2009

Keputusan ini diambil meskipun Chua tidak membuat rayuan..

EMM... GAWAT DAH UMNO... ISU PKFZ LA.. ISU CHUA SOI LEK LA.. ISU MIC LA.. BLA BLA... YA ALLAH... BANYAK MANA BN ZALIM KEPADA RAKYAT.. BANYAK ITULAH KAUM PENINGKAN KEPALA OTAK MEREKA!


UMNO tak rasa bimbang ka... MCA/MIC nak jatuh dah...

------------------------------------------------------------- TERUSKAN >>>
Isnin 21 September 2009 | 1 Shawwal 1430 Hijrah
Pemecatan Chua satu taktik!
Harakahdaily
Mon | Sep 21, 09 | 7:06:56 am MYT

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Meskipun keputusan pecat ditarik-balik, penggantungan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sudah memadai untuk merencat kerjaya politik pemimpin parti perkauman itu.

Iklan

Pemimpin DAP, Ronnie Liu Thian Khiew, berpendapat kedua hukuman yang dikenakan keatas Chua akan memarakkan pemberontakan dalaman dalam MCA.

Badan keputusan tertinggi MCA, Jawatankuasa Pusat MCA (CC) membatalkan keputusan Majlis Presiden MCA (PC) memecat Dr chua Soi Lek.

Selepas bermesyuarat hampir tujuh jam baru-baru ini, CC sebaliknya menggantung keahlian Chua selama empat tahun berkuasa serta-merta.

Keputusan ini diambil meskipun Chua tidak membuat rayuan.

Pemerhati politik berpendapat keputusan ini dibuat bagi mengekang perpecahan dalaman parti ekoran pemecatan Chua 26 Ogos lalu.

Tiada ulasan: