Selasa, September 22, 2009

LAGI DOA CEGAH : H1N1


OLEH UST ZAIDI, PASTI KINABATANGAN>>

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Penyakit yang menjadi bala kepada kita hari ini semakin mengancam. Beberapa langkah telah dicadangkan oleh pihak Kerajaan tetapi H1N1 terus membunuh. Apa lagi beberapa cadangan dan langkah itu melibatkan kos. Penutup muka umpamanya berharga RM1.50 satu untuk dipakai sehari. Bayangkanlah sekiranya satu keluarga mempunyai 10 orang ahli, ini bermakna keluarga tersebut terpaksa membelanjakan RM15.00 sehari. Ini sudah melebih perbelanjaan sehari bagi keluarga miskin. Duit saku yang pelajar bawa ke sekolah hanya RM1.00, RM2.00 tambang ke sekolah dan RM1.50 untuk penutup muka. RM4.50 sehari untuk seorang anak. Beban memang membebankan. Ini tidak lagi di ambil kira faktor-faktor lain.

Justeru itu, marilah kita kembali kepada Allah. Kita berikthiar sebaik mungkin, kita berdoa sekusyuk mungkin. Semoga Allah membantu kita. Baca dan amalkanlah doa ini:



tolakbala

Ya Allah, hindarkanlah kami daripada kenaikan harga barang-barang yang terlalu mahal, dan juga (jauhilah kami) daripada wabak penyakit dan taun dan segala kekejian dan kemungkaran, kezaliman peperangan yang pelbagai cara, dan juga segala cubaan, dugaan ataupun kekeliruan sama ada yang terang ataupun secara tersembunyi. Ya Allah, Selamatkanlah kami daripada segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat, dan juga kejahatan di dunia dan kejahatan di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan Maha Penerima segala permintaan.

Tiada ulasan: