Khamis, September 17, 2009

Aktivis tolak hukum rejam di Indonesia?

*gambar pelaksanaan hukum sebat ke atas pesalah mengikut kesalahan...


---------------------------------------------------------------------

Aktivis tolak hukum rejam (b/harian)

Anggap peraturan kejam, hina


JAKARTA: Aktivis hak asasi Indonesia menyifatkan undang-undang yang baru diluluskan di wilayah Aceh membolehkan mereka yang melakukan zina direjam dengan batu hingga mati sebagai 'kejam' dan 'menghinakan'.

Undang-undang terbabit yang diluluskan kelmarin di wilayah paling utara di Sumatera itu turut membabitkan hukuman 400 sebatan terhadap mereka yang melakukan kesalahan termasuk rogol, meminum arak, seks homoseksual dan berjudi.

Undang-undang berkenaan menggantikan kod jenayah Indonesia dengan syariah atau undang-undang Islam bagi penduduk Islam. Ia membenarkan hukuman mati penalti terhadap mereka yang berkahwin dan 100 sebatan terhadap mereka yang belum berkahwin dan didapati bersalah dalam kes zina.


"Undang-undang yang diluluskan di Aceh adalah kejam dan menghina manusia," kata Ketua Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hak Asasi Kemanusiaan (Komnas HAM), Ifdhal Kasim.

"Undang-undang itu bertentangan dengan asas sekular Indonesia dan kumpulan hak asasi terbabit merayu kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk mengkaji semula perundangan terbabit", kata Kasim.


---------------------------------------------ulasan saya :

memang payah nak tegakkan agama Islam... ibarat sarang labah-labah.. yang hanya melekat di jaring labah-labah hanyalah yang kecil.. binatang yang besar bila terbang merosakkan sarang labah-labah.. itulah umpama Islam pada akhir zaman... hanya sedikit sahaja umat islam yang berpegang kuat dengan al_quran!

Tiada ulasan: