Jumaat, September 11, 2009

Hukum Bawak Duit / Bendera Arab Saudi Yang Ada Kalimah Allah ke dalam tandas?


Ust Zamri Rejab (Master Bahasa Arab) :

1) Haram bawak masuk duit / bendera arab saudi jika ada kalimah allah. Jika disorok/disembunyikan dalam poket baju/seluar TIDAK MENGAPA/TIDAK HARAM kerana tidak menonjol/menzahirkan secara langsung/live!

2) Namun, jika melibatkan al-Quran, walau disorok TETAP HARAM! Tiada sebab membawa Al-Quran ke dalam tandas.

TETAPI bawa duit itu dharurat kerana mahu masuk TANDAS dan perlu guna duit manakala AL-QURAN pula untuk tujuan TA'ABBUD (IBADAT) semata-mata.

Tiada ulasan: