Khamis, September 10, 2009

Duit Kerajaan Makin Kurang, Dok Bayar Kes Kerajaan Kalah di Mahkamah Kepada Rakyat...

Dato`Mustafa Ali (Setiausaha Agung Pas) menang saman Kerajaan & Polis

mustafa depan


Musim para pemimpin PAS menang saman nampaknya semakin ketara kebelakangan ini. Hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menang samannya ke atas kerajaan dan polis. Image

Kerajaan bersetuju untuk membayar kepada beliau sebanyak RM50,000 sebagai gantirugi kerana menahan beliau di bangunan Parlimen 11 Disember tahun 2007 lalu.

Persetujuan itu dirakamkan di hadapan Hakim Mahkmah Tinggi, Hakim P.S. Nathan hari ini.

Mustafa mengemukakan saman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Mustafa yang datang ke Dewan Rakyat untuk mendengar perbahasan untuk menolak cadangan melanjutkan tempoh jawatan Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman dan memorandum Bersih.

------------------------------------------------------

* alhamdulillah duit kerajaan, duit rakyat kini kembali kepada rakyat juga... kita lihat Yb Mahfuz menang kes, Dr Hatta menang kes dan berterusan Datuk Mustafa pula dapat free RM50 ribu.. lepas ni banyak lagi kes dijangka menang.. peguam Pas, Sdr Hanipa kata biarlah banyak kes tak apa.. kita boleh dapat duit! Ya lah dapat duit, tapi ujian awal tu, kena banyak bersabarlah ditarik baju SB dsb.. he he.. Tengok PDRM macam tak ambik pengajaran juga walau kes berpihak kepada rakyat.. Allah Akbar!


Tiada ulasan: