Rabu, September 30, 2009

Terkini! Gempa Bumi di Sumatera! Amaran Tsunami!

KEDUDUKAN INDONESIA


JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.6 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan, demikian menurut agensi geofizik dan metereologi negara itu.

Gempa kuat di Sumatera(utusan.com.my)

30/09/2009 6:45pm

JAKARTA 30 Sept. - Satu gempa kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia.

Gegaran itu berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) di barat daya bandar Padang di Sumatera Barat. - AFP

Gempa bumi melanda Sumatera(hmetro.com.my)

JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud melanda perairan Sumatera, Indonesia hari ini, tapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi geofizik dan meteorologi Indonesia, melaporkan gempa bumi itu berlaku di lautan pada 5.16 petang waktu tempatan, 78 kilometer di Tenggara bandar Padang, di wilayah Sumatera Barat.

Saluran TV tempatan, MetroTV melaporkan terdapat beberapa bangunan runtuh dan kebakaran berlaku di banyak tempat di Padang, bandar yang memiliki kira-kira 900,000 penduduk.

Ramai penduduk didapati panik berlari menyelamat diri ke jalan raya .

-------------------------AMARAN TSUNAMI! --------------------------

Gempa bumi: Amaran tsunami dikeluarkan(UTUSAN.COM.MY)

30/09/2009 6:58pm

JAKARTA 30 Sept. - Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand ekoran gempa bumi kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini.

Agensi Meteorologi Indonesia memaklumkan, gegaran itu berpusat di dasar laut Sumatera.

Badan Peninjau Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan magnitud gempa itu sekuat 7.9 pada skala Richter.

Gegaran akibat gempa itu dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.

Tiada laporan tentang ombak besar atau kecederaan setakat ini. - AP

Amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India, Thailand(BHARIAN.COM.MY)

JAKARTA: Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand berikutan gempa bumi berukuran 7.6 mangnitud melanda barat Sumatera, jam 6.20 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Indonesia melaporkan gempa berkenaan berukuran 7.6 magnitud yang berpusat di pantai Sumatera.

Gegaran dapat dirasai di bangunan tinggi di Jakarta sehingga ke Singapura dan Malaysia.


Setakat ini tiada laporan segera mengenai ketinggian ombak dan mereka yang cedera. - AP

------------------------------

Gegaran susulan 5.4 Richter selang 20 minit

KUALA LUMPUR: Gegaran kedua gempa bumi berukuran 5.4 Richter yang melanda selatan Sumatera pada jam 6.38 petang tadi, susulan gempa pertama kira-kira 20 minit lalu.

Ia turut menggegarkan pantai barat Semenanjung berikutan gempa pertama berukuran 7.9 Richter di pusat gempa selatan Sumatera.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami terhadap Indonesia, Malaysia, India dan Thailand.


Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya petang ini bahawa tiada amaran ancaman tsunami berikutan kejadian gempa kuat itu.

Tiada ulasan: