Isnin, September 07, 2009

Bantu pendatang dapat MyKad, ketua kampung dipecat? YA KA?


Bantu pendatang dapat MyKad, ketua kampung dipecat>MALAYSIAKINI.COM
Sep 7, 09 11:44am

[Tindakan undang-undang akan diambil termasuk menamatkan perkhidmatan ketua kampung yang didapati terlibat membantu dan mempermudahkan pendatang asing tanpa izin mendapatkan MyKad di Sabah. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Hajiji Noor berkata MyKad merupakan hak istimewa rakyat Malaysia dan tidak layak dimiliki pendatang tanpa izin.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan timbalan ketua PKR Sabah Datuk Kong Hong Ming minggu lepas mengenai wujudnya usaha mendaftarkan pendatang tanpa izin di Kampung Kalabakan Tengah, Tawau bagi mendapatkan MyKad seperti yang disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini.]

-------------------------------------------

ISU NI LAMA DAH... BILA KITA SIASAT SECARA TIDAK RASMI DARI MULUT KE MULUT IA MELIBATKAN SALAH GUNA KUASA DI JPN JUGA... SEBELUM KENA TANGKAP ORANG/DALANG DI SABAH SEBELUM NI (PEGAWAI JPN,KK) NTAH BERAPA JUTA AGAKNYA DUIT DIA DAPAT.. TAKKAN ORANG KUAT SABAH KETUA MENTERI/MENTERI/YB2 UMNO TAK TAHU HAL NI? ATAU BUAT TAK TAHU... BILA MY KAD DIGUNA UNTUK P/RAYA SOKONG BN, TAK APA.. MAKLUMLAH 2013 SABAH AKAN JATUH KE TANGAN PAKATAN RAKYAT, TAK MUSTAHIL USAHA BESAR-BESARAN AKAN DIBUAT HATTA MELIBATKAN KEPIMPINAN NEGARA! WALLAHU A'LAM.. MINTA DOA, ALLAH MUSNAHKAN NIAT JAHAT MANUSIA YANG TIDAK INGAT LIHAT KEBENARAN TERTEGAK DI BUMI ALLAH INI...

Tiada ulasan: