mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Selasa, September 15, 2009
Bukan Senang Sang Juara Mencipta Kejayaan(Secebis Kisah Guru Pasti Felda Umas)...
Bayangkan perjalanan Ustazah Risnah (seorang pendidik di Pasti Nurul Ikhwan, Felda Umas, Tawau) hampir 1KM setiap hari perjalanan pergi sahaja untuk mencari rezeki.. perjalanan melalui pohonan sawit ini bukan baru malah sejak beliau di bangku sekolah lagi...
* jarak dari tempat tinggal ustazah dengan tempat bertugas kira-kira 60km pergi balik
Memang cantik pemandangan di Kampong Pengkalan Asli, Merotai ini.. Dari jalan luar (Merotai-Kalabakan) masuk dekat simpang bengkel Abong kelihatan kampung ini sunyi sepi tanpa penghuni.. segala kekusutan kita akan mulai hilang tatkala kita mula bertemu dengan panorama menarik di sini.. inilah antara senjata yang memberikan guru Pasti ini keyakinan dan ketabahan agar berdikari selagi mampu untuk menyara keluarga... jika kita tidak biasa, agak meremang bulu roma kita tatkala melalui pohonan sawit, bimbang segala macam gangguan, baik manusia atau syaitan!
Inilah simpang masuk ke rumah Ustazah Risnah.. abangnya antara best student Sabah, STPM 4A, namun nasib hampir serupa.. dokumen tempat tinggal berkulit hijau.. itulah membataskan peluang hidup seperti manusia lain.. mereka hebat di sekolah samada SPM/STPM namun, apakan daya... abang ustazah difahamkan menjalankan bisnes Pusat Tuisyen di Merotai.. STPM 4A, takkan tak boleh buat bisnes? alhamdulillah, ustazah beritahu.. pendapatan baik... oleh kerana pusat tuisyen itu adalah dijalankan secara kongsi maka abangnya mendapat 80% pendapatan.. ok la tu! Mereka berusaha agar selepas ini, boleh membuka pusat tuisyen sendiri..
Inilah wajah rumah ustazah yang mendidik anak Umas dan termasuk anak saya.. saya abadikan gambar dan coretan dalam blog ini agar kita bersyukur dengan apa yang kita ada.. lihatlah mereka yang sedar diri sendiri.. di mana berada.. kita yang berstatus 'warganegara' banyak hidup merempat, ketagihan dadah tetapi ustazah dan ahli keluarganya hidup damai di sisi Allah, ketagihan ilmu allah...
* difahamkan pernah banjir melanda di sini sehingga mencecah separuh tiang bawah rumah, apatah lagi berdekatan dengan sungai...
------------------- Rupa-rupanya, mereka bukanlah orang biasa.. tetapi luar biasa yang diutus Allah kepada kita untuk lebih berusaha, bersyukur dengan nikmat yang diberikan sedangkan nikmat itu, ada yang TIADA PADA MEREKA...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan