Perisitiwa Pertempuran Kalabakan, Sabah, 30 Okt 1966
(untuk renungan pejuang Islam yang akan menggempur PARLIMEN KALABAKAN.. )
( http://www.ehoza.com/v4/forum/info-sejarah/83085-perisitiwa-pertempuran-kalabakan-sabah-30-okt-1966-a.html)
yusz felda : alhamdulillah.. akhirnya saya berjaya lihat beberapa keping gambar dalam web ehoza.com untuk menambahkan ilmu kenegaraan kita rakyat Malaysia.. barangkali penulis web/blog ini mewawancara Kolonel (B) Malakan bekas perajurit Malaysia.. bukan untuk meniupkan roh permusuhan dengan negara jiran.. hanya mengambil pengajaran.. dalam Islam, tiada permusuhan.. musuh hanya melibatkan SERANGAN AGAMA ISLAM SAHAJA.. sedang Islam tidak mengajar mencari musuh.. TETAPI JIKA ADA MUSUH DATANG, haram Lari...
JOM KITA BERKONGSI..
Left Kolonel (B) Malakan semasa muda
Sebahagian dari Kem Kalabakan selepas serangan tentera Indonesia
Mayat tentera Indonesia yang ditembak mati
Kesemua mayat ini merupakan askar Indonesia yang ditembak mati
1. Baiklah, kita mulakan dari A sampai Z, kerana kisah yang disampaikan sebenarnya mempunyai kaitan dengan sejarah negara dan juga merupakan rekod kehidupan tuan Lef Kol (B) Malakan Kamaruddin sendiri yang ketika ini berusia 71 tahun, ayahnya Kamaruddin dan bundanya masih lagi hidup dalam usia lingkungan 90an (Ini benar-benar mengejutkan saya..bertuah Rozmal kerana masih ada datuk dan nenek).
2. Beliau lahir pada 13 Dis 1937 di Negeri Sembilan, mula memasuki tentera pada Jan 1958 dalam usia 21 tahun walaupun mempunyai kelulusan yang agak tinggi berbanding kadet-kadet lain yang rata-rata bersekolah Melayu atap.
3. Hasrat beliau adalah untuk menjadi pegawai. Budak degil dan suka melawan cakap ini mendapat latihan pertamanya di Kem Port Dickson tetapi pada awal 1959, keluar kerana gagal dalam ujian tertentu.
4. Pegawai beliau iaitu seorang Inggeris bernama Kolonel King membuat tawaran dengan nada sinis,"Kalau kau nak kerja kat luar, saya boleh carikan. Mahu jadi penoreh getak tak".
5. "Beginilah Tuan, saya tidak berminat. Saya cuma nak jadi pegawai, Tuan hantarlah saya ke mana-mana unit," balas Malakan.
6. Akhirnya, beliau dimasukkan ke 5 Melayu dan dihantar ke Kem Mentakab, Pahang dan dijanjikan pangkat Sarjan tetapi beliau sebenarnya tertipu, di Mentakab, beliau dibuli dan disuruh membuat kerja-kerja berat, tidak layak untuk seorang anak Melayu yang mempunyai kelulusan yang tinggi pada masa itu.
7. Di Mentakab, beliau bertanggungjawab mengangkat mesingan berat dan terpaksa keluar masuk hutan untuk mencari pengganas komunis tetapi tidak jumpa.
8. Masih tidak berpuashati kerana tertipu dengan tawaran Sarjan, Malakan mula buat hal dan kurang digemari oleh pegawai di situ menyebabkan beliau dihantar pula Kem Batu Road (kini bangunan Putra Word Trade Centre) dan melakukan banyak operasi memburu komunis di Rawang, Kuala Selangor dan sekitar Jelebu, Negeri Sembilan tetapi masih lagi gagal menemui aksi pertempuran.
9. Beliau ketika ini menggunakan raifel MK5 Point 303.
10.Pada tahun 1959, beliau diarahkan untuk menjadi pengawal yang menjaga pintu hadapan Istana Negara. Seorang pegawai Inggeris, Kapt Vickers menegur beliau, : "Kenapa samping pendek sangat (baju Melayu putih dan samping hijau),".
11.Beliau jawap :"Mana samping saya pendek. All good and in order," katanya yang menyebabkan beliau kemudian dihadapkan ke pegawai tertinggi iaitu Kolonel Tamin yang cukup garang tetapi kolonel ini memberi beliau peluang di mana Malakan ditukar dari Kompeni A ke Kompeni C di Kem North (Sekarang Flet Pekeliling).
12.Beliau masih tidak berpuas hati kerana gagal mendapat pangkat pegawai atau sarjan dan satu hari melahirkan rasa geramnya itu terhadap Mejar Gerald (veteran dari Perang Korea).
13."Saya masih tidak berpuas hati kerana saya ada ilmu perang tetapi masih kupas kentang dan bawang di kem ini. Saya nak kerja yang setaraf dengan kelulusan saya. Saya nak jadi guru pelajaran (Zaman dahulu Angkatan Tentera Malaysia ada bahagian pelajaran)," katanya.
14.Mejar Gerald kemudian menelefon terus Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak untuk menyatakan hasrat Malakan dan tidak lama kemudian, askar muda itu dinaikkan pangkat dari prebet ke korporal dengan gaji berjumlah RM100 lebih.
15.Dulu semasa prebet, gaji beliau adalah RM60, beliau masih mampu menghantar RM20 untuk belanja maknya di kampung (RENDAHNYA KOS HIDUP MASA TU YAA).
16.Tahun 1960, Malakan ditukarkan ke Alor Setar dan pada 1961 ditukar ke Kem Sungai Besi untuk latihan jangka pendek selama tiga bulan.
17.Beliau tamatkan kursus pada Dis 1961 sebagai Leftenan Muda dan ditugaskan ke Batalion 3 RAMD di Alor Setar.
KONFRANTASI DAN KALABAKAN
18.Batalion tersebut sedang bersiap sedia untuk menjaga keamanan di Kongo, Afrika di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila konfrantasi tercetus pada tahun 1963 dan penghantaran itu dibatalkan.
19.Batalion dengan kekuatan 1,000 anggota itu kemudian dialih ke Tawau, Sabah tetapi Malakan tidak dapat pergi kerana ditukar ke Port Dickson untuk melatih tentera-tentera baru.
20.Askar-askar baru dilatih selama tiga bulan sahaja kerana negara pada masa itu sangat memerlukan tentera akibat ancaman Darurat dan Konfrantasi, hanya tujuh batalion sahaja yang wujud pada masa itu.
21.Apabila peristiwa Kalabakan tercetus 29 Disember 1963, Malakan hanya mendapat khabar berita mengenai kematian kawan-kawannya selepas dua hari.
22."Saya sedih dan geram," katanya. Peluang untuk menuntut bela tertangguh sebentar apabila Malakan dihantar ke 7 RAMD di Sungai Besi pada tahun 1965 sebelum dipindahkan ke Kem Pengkalan Chepa di Kelantan untuk menangani satu lagi ancaman sedia ada iaitu komunis. Ya, negara diancam kiri kanan pada masa itu iaitu pengganas dan tentera Indonesia.
23.Peluang tiba pada tahun 1966 apabila Batalion 7 RAMD ditukarkan ke Tawau, Sabah malangnya sekali lagi Malakan gagal pergi kerana terpaksa menjaga kem.
24.Hanya selepas bergaduh dengan isteri komander kem, (suami takde, isteri naik Tokey arah orang sana sini), barulah Malakan dipindahkan ke Tawau.
25.Perjalanan ke Sabah dari Port Kelang mengambil masa selama dua minggu dengan kapal dan Malakan ditugaskan di Pulau Sebatik.
26.Separuh dari kawasan Pulau Sebatik berada di bawah zon kawalan askar Malaysia dan separuh lagi di bawah kawalan Indonesia.
27."Ada beberapa pertempuran di Pulau Sebatik tetapi saya tidak terlibat. Pada waktu malam ada dengar pergerakan musuh seperti kereta perisai mereka tetapi tidak ada apa yang berlaku. Saya duduk di Pulau Sebatik selama 3 bulan sebelum dipindahkan ke Kem Kalabakan," katanya.
28.Kem Kalabakan terletak di tepi sungai dan ada airstrip di situ. Semasa beliau tiba, kem itu telah pun diperkuatkan lagi dengan kubu-kubu pertahanan sebagai pelajaran dari serangan tentera Indonesia kira-kira tiga tahun lepas.
29.Bantuan hanya boleh dihantar melalui helikopter, kapal terbang atau sungai, jalan sungai mengambil masa dua jam dari kem terdekat.
30.Kem itu didiami oleh Kompeni Bravo dengan kekuatan 100 lebih tetapi dalam beberapa operasi, Malakan masih tidak menemui aksi pertempuran yang diidamkan.
31.Peluang melepaskan dendam akibat kematian rakan-rakannya semasa serangan di Kem Kalabakan 3 tahun lepas akhirnya tiba, apabila seorang pembalak membuat laporan bahawa dia dihampiri oleh tentera Indonesia yang meminta bantuan pakaian dan makanan.
32Untuk pengetahuan pembaca, tentera-tentera Indonesia yang masuk ketika itu terbiar dalam unit-unit kecil tanpa bantuan dari markas utama, mereka juga tertipu kerana menyangka penduduk tempatan akan menyokong mereka sebaliknya keadaan rupa-rupanya tidak berpihak kepada Indonesia.
.
33.Malakan ketika ini berpangkat Kapten dan beliau menyiapkan pelan tempur di mana pasukan pemburu terbahagi dua iaitu satu, KILLER GROUP (grup utama) dan satu lagi CORDON GROUP (macam pasukan pengepung kot)
34.Malam 29 Disember 1966, kumpulan itu keluar ke zon pertempuran dan menunggu hingga ke pagi 30 Dis.
35.Pada pukul 8 pagi, dua lelaki berusia 20an dan 30an muncul dan berteriak "HOI" untuk memanggil pembalak tadi, pakaian mereka jelas cumpang camping.
36.Malakan yang bersenjatakan SMG kemudian meminta orang bawahannya menukar senjata Lite Mesin Gun.
37.Senjata Lite Machine Gun dengan magazin 30 kelopak peluru kemudian dilepaskan oleh Malakan dari jarak lebih kurang 15 meter menyebabkan kedua-dua lelaki itu terpusing akibat kederasan peluru, otak mereka berkecai.
38."Busuk bau otakkk ni," katanya kepada saya yang sedang cuba menghirup teh tarik sambil membayangkan bau otak mangsa yang ditembak tadi.
39.Selepas tamatnya konfrantasi, beliau masih di Tawau dan seperti biasa sebagai tanda persahabatan atau tanda damai, pegawai dari kedua-dua pihak akan melawat kem masing-masing.
40.Beliau berpeluang melawat kem tentera Indonesia di Nunukan dan Tarakan, sebuah pulau yang menghasilkan minyak untuk Indonesia.
41.Dalam satu majlis di kem tentera Indonesia, seorang pegawai tentera Indonesia telah berteriak kepada tetamu (pegawai Malaysia), : "Siapa bunuh Mahdi Hussin dan Abdul Rashid (dua askar Indonesia yang ditembak pada pagi 30 Dis sebelum ini).
42.Malakan menjawab, :"Saya" dan jawapan berani serta berterus terang pegawai itu menyebabkan pegawai Indonesia tadi tergamam dan suasana majlis senyap seketika.
PERISTIWA HARTAL, KAMPUNG KONVIL DAN 13 MEI
43.Pada tahun 1967, beliau kemudian ditukarkan ke Kota Bahru dan kemudian ke Ipoh, kemudian ke Taiping untuk memasuki Batalion 1 Renjer. Sebelum itu tidak ada batalion renjer, yang ada hanyalah Sarawak Rangers yang ketika itu berada di bawah pemerintahan British (Sebelum Sarawak menyertai pembentukan Malaysia).
44.Selepas Malaysia, ia disatukan dan Malakan melihat askar-askar dari peribumi Sarawak ini dengan penuh rasa kekaguman.
45."Mereka ini semuanya Iban. Mereka banyak ilmu hutan dan tidak kekok semasa operasi. They are very loyal dan sangat sangat berani. Setaraf dengan kehebatan tentera Gurkha yang menjadi kebangaan empayar British," katanya.
46.1968, peristiwa Hartal tercetus di Pulau Pinang di mana orang-orang Melayu di Bayan Lepas telah diserang dan dibunuh dengan kejam oleh kaum Cina. Batalion Malakan kemudian dihantar untuk mengawal keadaan di sana.
47.Beliau merupakan kumpulan pertama tentera di hantar ke pulau itu dan memasuki Georgetown dengan menaiki feri.
48.Sebaik sahaja mendarat, orang-orang Cina yang ekstrem telah memaki hamun askar-askar Melayu dan askar Iban ini dengan panggilan "*****...Lancau".
49.Askar-askar Melayu dan Iban masih lagi bersabar sehinggalah mereka kemudiannya ditempatkan di Kem Batu Uban (tapak Universiti Sains Malaysia) sekarang.
50.Bandar Georgetown semasa itu agak lengang dan di jalanraya, askar meronda manakala penduduk kaum Cina duduk dalam rumah masing-masing kecuali segelintir pegacau keamanan yang terdiri orang Cina yang keluar secara sembunyi-sembunyi untuk bergaduh.
51.Selepas aman keadaan di Pulau Pinang, kekacauan kaum terjadi pula di Kampung Kovil, Bukit Mertajam apabila orang-orang India menyerang orang-orang Melayu di sana sehingga menyebabkan pembunuhan.
52."Dalam perjalanan, orang-orang India memaki hamun dan meludah askar-askar Melayu dan kaum bumiputera lain dan kami masih bersabar kerana tertakluk kepada undang-undang," katanya kepada saya yang baru sahaja menyalakan rokok yang ke 10 batang selama sejam kami berbual.
53."Kami memperkenalkan curfew. Semua orang tidak boleh keluar untuk membolehkan kita mencari pembunuh sebenar," katanya.
54.Mereka yang melanggar curfew ditangkap dan dihimpunkan di satu kawasan padang dan kesemua mereka terdiri dari orang Cina dan India.
55.Sepanjang berada di Kampung Kovil, pasukan Malakan menembak mati seorang lelaki Melayu kerana melanggar curfew.
56.Perkara ini menyebabkan kemarahan seorang ahli politik Melayu di sana tetapi Malakan menjawab, ini bukan askar Melayu kena bagi peluang kepada kaum sendiri tetapi ini pelanggaran undang-undang, tidak ada perbezaan warna kulit dan bangsa.
57.Selepas aman hubungan di antara suasana kaum di Pulau Pinang, Malakan kemudian balik ke Taiping dan pada akhir 1968, beliau dihantar ke Port Dickson untuk menjalani kursus dan ketika inilah rusuhan 13 Mei 1969 tercetus.
58.Kursus dibatalkan dan beliau sempat memandu kereta untuk balik bertemu dengan anak isteri di kampung di Negeri Sembilan.
59.Beliau kemudian bergerak ke Kajang dengan ditemani raifel SLR, Kajang sangat sunyi dan yang ada hanyalah sekatan jalan oleh pihak tentera.
60.Kesunyian juga wujud di Kuala Lumpur, tidak ada pergerakan awam kecuali kenderaan tentera sahaja.
61. Perang Vietnam sedang tercetus. Angkatan Tentera Malaysia pula baru sahaja mengambil alih British Army Guerilla Warfare Training Camp di Ulu Tiram, Johor yang kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Tentera Darat atau PULADA.
62.Sebagai sebuah negara yang masih membangun, Malaysia memerlukan ilmu dan ketika inilah Kementerian Pertahanan menyuruh Malakan beserta beberapa pegawai lain pergi ke Sydney di Australia untuk belajar ilmu perang dari tentera di sana.
63.Beliau menaiki pesawat C-130 dari Butterworth dalam perjalanan 8 jam ke Darwin dan tambahan lebih kurang 6 jam lagi ke Sydney. Selama sebulan Malakan di sana dan kemudian diarah pula ke Vietnam untuk belajar ilmu perang dari tentera Amerika Syarikat (AS).
64.Kedatangan Malakan dan pegawai lain tidak dihebahkan dan dibuat secara rahsia, ketika sampai, operasi Tiet baru sahaja berlangsung dan beliau menyaksikan kerosakan yang amat dasyat ke atas bangunan di Saigon, sawah padi mereka pula berlubang-lubang dengan kesan bom.
65.Penulis bertanya jika Malaysia ada menghantar tentera secara aktif untuk membantu kerajaan demokratik Vietnam berperang dengan komunis Vietnam, Malakan tidak pasti kerana jika ada pun mungkin satu atau dua unit yang beroperasi secara rahsia.
66.Di Vietnam, Malakal menimbu ilmu rondaan sungai selepas mengikuti rondaan bot-bot patrol AS dan selepas pulang, beliau membuat satu laporan mengenai teknik rondaan di sungai, buku itu kemudian diciplak oleh seorang pegawai lain dan beliau tidak mendapat sebarang kredit ke atas usaha yang telah menyumbang kepada teknik perang gerila yang terpenting untuk pihak tentera.
67.Pahlawan ini bersara pada Ogos 1985 dalam usia 47 tahun sebagai Leftenan Kolonel dengan gaji lebih kurang RM2,000 lebih.
68.Selepas bersara, beliau cuba memasuki bidang perniagaan tetapi gagal...ketika ini beliau mengeluh kepada penulis, : "Once a soldier is always a soldier" dan saya akhirnya menamatkan rokok yang terakhir dari 18 batang yang ada di dalam kotak jenama LEAGUE (rokok lari cukai RM2 sahaja sekotak 20 batang).
-------------------------------------------------
*** SUMBER WIKIPEDIA : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kalabakan,_Tawau>>> Parlimen Kalabakan, iaitu satu daripada dua pecahan parlimen di Tawau. Parlimen berkenaan sekarang adalah dibawah kuasa Barisan Nasional dengan ahli parlimennya Y.B Datuk Seri Haji Abdul Ghapur bin Salleh.
Kegiatan ekonomi
Daerah Kalabakan mempunyai sebuah kilang milik Kalabakan Plywood Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu pengeluar papan lapis utama di Sabah.
Trivia
- Kalabakan seringkali disalah anggap sebagai sebuah daerah, namun sebenarnya hanya sebuah pekan di Daerah Tawau.
------------------------------------------------------------
PERISTIWA HARTAL (makna Hartal anda boleh cari dari wikipedia), ia berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 1948 dan 1967.
28 NOVEMBER 1967 (ARTIKEL DI BAWAH INI SAYA AMBIL DARI SATU LAMAN WEB LAIN TAPI TIDAK INGAT DARI MANA)
Rusuhan kaum di Pulau Pinang dikenali sebagai Hartal.
Sebab utama terjadinya Hartal adalah kerana susutnya nilai matawang Paun Sterling seperti yang di istiharkan oleh Harold Wilson pada 20 November 1967. Akibat dari kejatuhan nilai mata wang itu, ianya turut menjejaskan matawang Malaysia. Matawang yg dikeluarkan oleh Bank Negara mengalami kesusutan (12 Jun 1967)
Contoh nilai yg susut:
1 sen - sama
5 sen – 4 sen
1.00 ringgit – 85 sen
Satu ribu – 857.10
Penurunan mendadak tanpa kawalan ini menyebabkan negara kita mengalami kerugian sebanyak 150 juta bagi setiap 1000 juta yg berada di luar Negara tetapi setelah 5 hari, kerajaan telah berjaya mengapungkan kembali nilainya kepada nilai yang asal.
Malangnya, rakyat di Pulau Pinang terutama kaum Cina (tidak semua) yang memegang ekonomi tidak percaya akan berita yang di isytiharkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tan Siew Sin.
Maka berlaku lah Hartal.
Semua kedai-kedai ditutup, puluhan bas dan teksi di bakar malahan kemuncak rusuhan ini, pembunuhan telah berlaku dan rusuhan ekonomi ini bertukar menjadi rusuhan kaum.
Sebuah sekolah asrama anak-anak Melayu (mungkin Madrasah al-Mashor) telah diserang oleh perusuh Cina. Orang orang Melayu yang tidak menutup kedai pada hari tersebut juga telah dibunuh dengan kejam. Huru hara ini telah berkembang dengan cepat sehingga ke Perak dan kedah.
Tun Abd Razak bin Husin, Menteri keselamatan Dalam Negeri mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh Penang, Kubang Kerian, Bukit Mertajam, Utara Perak dan Bandar Baru, Kedah. Undang undang Keselamatan Awam telah dilaksanakan di tempat tempat tersebut.
Dilaporkan, setelah berlakunya pembunuhan Melayu di Pulau Penang oleh orang-orang Cina, maka ramai saudara-saudara Melayu dari luar Pulau Pinang telah datang untuki membantu tetapi berjaya dihalang oleh askar Melayu dan polis dengan ketat sekali.
Mereka berura-ura memohon untuk memerdekakan Pulau Pinang dari Malaysia seperti yang berlaku ke atas Singapura tetapi berjaya disekat lebih awal.
credit to Military of Malaysia
PERISTIWA HARTAL (makna Hartal anda boleh cari dari wikipedia), ia berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 1948 dan 1967.
28 NOVEMBER 1967 (ARTIKEL DI BAWAH INI SAYA AMBIL DARI SATU LAMAN WEB LAIN TAPI TIDAK INGAT DARI MANA)
Rusuhan kaum di Pulau Pinang dikenali sebagai Hartal.
Sebab utama terjadinya Hartal adalah kerana susutnya nilai matawang Paun Sterling seperti yang di istiharkan oleh Harold Wilson pada 20 November 1967. Akibat dari kejatuhan nilai mata wang itu, ianya turut menjejaskan matawang Malaysia. Matawang yg dikeluarkan oleh Bank Negara mengalami kesusutan (12 Jun 1967)
Contoh nilai yg susut:
1 sen - sama
5 sen – 4 sen
1.00 ringgit – 85 sen
Satu ribu – 857.10
Penurunan mendadak tanpa kawalan ini menyebabkan negara kita mengalami kerugian sebanyak 150 juta bagi setiap 1000 juta yg berada di luar Negara tetapi setelah 5 hari, kerajaan telah berjaya mengapungkan kembali nilainya kepada nilai yang asal.
Malangnya, rakyat di Pulau Pinang terutama kaum Cina (tidak semua) yang memegang ekonomi tidak percaya akan berita yang di isytiharkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tan Siew Sin.
Maka berlaku lah Hartal.
Semua kedai-kedai ditutup, puluhan bas dan teksi di bakar malahan kemuncak rusuhan ini, pembunuhan telah berlaku dan rusuhan ekonomi ini bertukar menjadi rusuhan kaum.
Sebuah sekolah asrama anak-anak Melayu (mungkin Madrasah al-Mashor) telah diserang oleh perusuh Cina. Orang orang Melayu yang tidak menutup kedai pada hari tersebut juga telah dibunuh dengan kejam. Huru hara ini telah berkembang dengan cepat sehingga ke Perak dan kedah.
Tun Abd Razak bin Husin, Menteri keselamatan Dalam Negeri mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh Penang, Kubang Kerian, Bukit Mertajam, Utara Perak dan Bandar Baru, Kedah. Undang undang Keselamatan Awam telah dilaksanakan di tempat tempat tersebut.
Dilaporkan, setelah berlakunya pembunuhan Melayu di Pulau Penang oleh orang-orang Cina, maka ramai saudara-saudara Melayu dari luar Pulau Pinang telah datang untuki membantu tetapi berjaya dihalang oleh askar Melayu dan polis dengan ketat sekali.
Mereka berura-ura memohon untuk memerdekakan Pulau Pinang dari Malaysia seperti yang berlaku ke atas Singapura tetapi berjaya disekat lebih awal.
credit to Military of Malaysia
6 ulasan:
You could get results comparable to those people you'd probably anticipate to acquire in the Bowflex Xtreme two SE.
Also visit my blog post - bowflex selecttech 552 dumbbells sale
An increasing number of men and women are realizing that Bowflex places out a pretty good ardio
equipment as well, which is wherever the Bowflex TreadClimber is available in.
Feel free to visit my site ... http://www.getfitnstrong.com/adjustable-dumbbells/
The velocity from the treadmill ranges from fifty percent
a mile per hour to eleven miles per hour and
also the inclination ranges from between zero and twelve
degrees.
Feel free to visit my blog - adjustable dumbbells
For either jogging over a flat surface area or if you want to stretch you a
bit extra by using the incline deck solution, the adjustment on the operating
device can also be quite simple to help make.
Check out my blog post :: More Material
Close your eyes for the moment and just imagine acquiring in ideal shape and feeling far better.
Stop by my page mouse click the following website page
Gold's Gym also provides a wide variety of charge efficient gym devices available for a home gymnasium which involve comprehensive fitness centers, ellipticals, treadmills, dumbbells and lots of a lot more.
my website :: sit up bench
Catat Ulasan