Khamis, Januari 14, 2010

GEMPA DI HAITI... 7.0 SKALA.. DIAM-DIAM BERISI.. DIJANGKA RATUSAN RIBU NYAWA MELAYANG?

République d'Haïti Repiblik d Ayiti Republik Haiti
Flag of Haiti.svg Coat of arms of Haiti.svg
Bendera Jata
Cogan kata: L'Union Fait La Force
(Perancis untuk "Penyatuan Membawa Kekuatan")
Lagu kebangsaan: La Dessalinienne
LocationHaiti.svg
Ibu negara
(dan bandar terbesar)
Port-au-Prince
Bahasa rasmi Perancis dan Kreyol Haiti
Kerajaan
 –Presiden
 –Perdana Menteri
Republik
René Préval
Jean-Max Bellerive

 

MENYAYAT HATI(UTUSAN.COM.MY 14/1/10)


SEORANG pelajar lelaki yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di Universiti Port-au-Prince akibat gempa bumi di Haiti, kelmarin, meminta pertolongan akibat kecederaan yang dialaminya. – Reuters


BERIBU-RIBU dikhuatiri terbunuh apabila gempa bumi kuat melanda Haiti, kelmarin.

Ramai mangsa yang terkorban dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang ranap dalam gempa sekuat 7 skala Richter itu.

Bencana gempa bumi ini merupakan yang paling buruk pernah melanda Haiti sejak lebih 200 tahun lalu.

Keadaan bencana begitu mengerikan dengan mayat dan mereka yang cedera bergelimpangan di atas jalan raya.

-------------------------------------

Haiti dilanda gempa kuat (utusan.com.my 14/1/10)


Penduduk Haiti di bandar Port-au-Prince menyelamatkan diri selepas berlaku gempa bumi kuat di negara itu kelmarin. - AFP


PORT-AU-PRINCE, Haiti 13 Jan. - Satu gempa bumi kuat menggoncangkan ibu negara Haiti semalam, meranapkan banyak bangunan dan dikhuatiri mengorbankan beribu-ribu nyawa.

Istana Kebangsaan dan ibu pejabat pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah antara bangunan utama yang musnah dalam gempa itu.Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner memberitahu radio RTL bahawa Ketua Pengawal Keamanan PBB di Haiti, Hedi Annabi dipercayai turut terbunuh dalam bencana itu.

Gempa sekuat 7 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 4.53 petang semalam (pukul 5.53 pagi tadi waktu Malaysia), berpusat 15 kilometer dari barat Port-au-Prince pada kedalaman lapan kilometer.


Kira-kira 9,000 pengaman berada di Haiti sejak berlaku pemberontakan menggulingkan Presidennya pada 2004.Istana Kebangsaan juga ranap, namun duta Haiti ke Mexico, Robert Manuel menyatakan Presiden Rene Preval dan isteri beliau terselamat. - AP


--------------------- YUSZ FELDA : Allah bisa melakukan.. betapa kerdil kita, di sisi Allah.. itupun kita rasa hebat dan besar.. 

Tiada ulasan: