Rabu, Januari 20, 2010

DEKATI ORANG MUDA. ORANG MUDE GENG KITE! :) SUSULAN LAWATAN KP & AJK PEMUDA PUSAT KE SABAH

Pemuda PAS Sabah dekati golongan muda
Ditulis oleh DPP Sabah   
MONDAY, 18 JANUARY 2010 02:27


KOTA KINABALU, 18 Jan - Mendekati golongan muda dan mantapkan persiapan gerak kerja menjelang PRU-13 antara agenda besar yang diberi fokus Pemuda PAS Sabah dalam dialog bersama antara Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah semalam.


Ustaz Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam dialog itu menekankan agar pemuda PAS perlu memberi tumpuan kepada golongan muda dengan mempelbagaikan aktiviti dalam usaha mendekati golongan ini.


Beliau berkata, moto 'orang muda geng kita' yang telah dilancarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat  itu perlu disesuaikan mengikut suasana. Malah katanya, beliau yakin PAS mampu memikat hati anak muda di sana.


Disamping gerak kerja pilihanraya, beliau turut mengingatkan agar pemuda PAS berusaha memperkasa tarbiah kerana ia merupakan elemen penting dalam gerakan Islam untuk memastikan fikrah ahli gerakan tidak mengalami kecelaruan.


“Kita mengingatkan kembali pemuda agar sentiasa meningkatkan ilmu gerakan Islam melalui wasilah-wasilah tarbiyah seperti usrah, tamrin, mukhayyam dan lain-lain," jelasnya.


Tambah beliau lagi, pemuda PAS Sabah perlu mencari kaedah bagaimana hendak menggerakkan golongan ustaz yang begitu ramai di Sabah, agar dapat digerakkan pengembangan dakwah Islam kepada masyarakat di sini yang rata-ratanya sangat memerlukan golongan ini.


Sebelum majlis dialog tersebut, Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Negeri dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan telah turun ke Pasar Tamu Putatan untuk mengedar risalah disamping beramah mesra dengan pengunjung dan penjual di sana.


Turut sama dalam rombongan tersebut, Timbalan Ketua, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani; Setiausaha, Kamaruzaman Mohamad; Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat; Bendahari, Mohd Adram Musa; Penolong Setiausaha 3, Ir Muhd Khairil Nizam serta beberapa Exco.


Rombangan ini berada di Sabah dalam rangka gerak kerja selama 4 hari bermula pada 14 Januari dan bertolak pulang pada 18 Januari.
------------------------------

mahkamah-akhirat: syukur dapat menDENGAR nasihat dari pimpinan tatkala berkesempatan bersama mereka di KK baru-baru ini.. ilmu ada, seronok lah kita dengar penjelasana dan jawapan mereka terhadap hal-hal penting melibatkan gerakan jemaah di Sabah...

Tiada ulasan: