Isnin, Januari 18, 2010

Air Mata Zizie di Kinabatangan Bung Mukhtar...

Banjir di Telupid pulih, Kinabatangan bertambah buruk


SANDAKAN: Keadaan banjir di daerah Telupid dilaporkan beransur pulih dengan semua mangsa dari empat kampung sudah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing.


Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Datuk Michael Asang, hari ini melawat mangsa banjir dan menyampaikan bantuan.

Sementara itu keadaan banjir di daerah Kinabatangan sehingga 5 petang ini dilaporkan bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkatkepada 1,562 orang membabitkan 340 keluarga.

Pengerusi PKOB Kinabatangan, Arisin Arifin berkata ramai mangsa banjir adalah dari kampung Kuamut, Tulang-Tulang, Desa Permai, Tangkuyan dan Balat, manakala sebahagian kecil dari kampung Sangau, Bukit Garam dan Seri Manis."Paras air Sungai Kinabatangan juga didapati semakin meningkat dan berada diparas bahaya iaitu 10.43 meter pada jam 2 petang," katanya.

-------------------------
yusz felda : Parlimen Kinabatangan antara parlimen di Malaysia yang 'kurang baik infrastruktur'.. tiada kemudahan Bank kecuali Bank Agro(kalau tak silap). Berada di jalan utama ke Kota Kinabalu/ Tawau sepatutnya kemudahan yang banyak disediakan di Kinabatangan.. samalah juga di Kalabakan.. 2 jaguh wakil yang dipilih rakyat di sana Datok Bung Mokhtar dan DS Panglima Hj Abd ghafur hanya hebat di kampong sendiri.. itupun ntah di mana Datok Bung pada saat banjir melanda kampong mereka sendiri, khasnya Kinabatngan???
Di mana DS Ghafur pada saat jalan masuk ke Kampong Kalabakan hujan lebat sekarang berlubang.. apakah tuan/puan sedar isu ini??? Zizie di Kinabatangan kah??? kalau zizie tahu begini.. dah lama dia suruh abang dia buat bank la banyak-banyak.. kalau tak percaya.. datang sabah dan tengok.. tapiiiiiiiii, kenapa rakyat Sabah UNDI BN???

Tiada ulasan: