Rabu, Januari 20, 2010

TERKINI! Syarat mohon KPLI diperketatkan. Ustaz (Anak Sabah) di mana???

 Calon mohon KPLI perlu ada ijazah pengkhususan(bharian.com.my)


KUALA LUMPUR: Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asiah Meor Sharuddin.

Beliau berkata, syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lalu.

"Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama. Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.


"Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI ambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, hari ini.

Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula semalam.

"Kita mungkin akan membuat dua kali pengambilan iaitu pada Januari dan Julai seperti yang kita buat pada tahun lalu. Namun ia berdasarkan kepada keperluan, sekiranya terdapat pengurangan barulah kita akan buat pengambilan," katanya.

Beliau berkata, pemilihan calon juga akan mengambil kira keperluan kawasan asal pemohon berkenaan bagi memastikan pemohon yang layak akan kembali bertugas di negeri masing-masing.

"Contohnya kalau ada keperluan di Sabah dan Sarawak, maka kita beri keutamaan pada calon tempatan kalau mereka penuhi syarat," katanya. - Bernama 


yusz felda : asalnya betul lah syarat tu.. namun, jika wujud faktor lain, mungkin KPM akan memurnikan lagi syarat tersebut... keperluan sekarang terhadap guru amat tinggi.. lelaki kurang.. time minggu sukan.. sekolah yang kekurangan guru lelaki TERUK lah sikit.. macam mana nak angkat lembing?besi-besi?papan lompat berhalangan?meja?kerusi dan sebagainya.. kerja mengukur padang.. em..  

di Sabah juga amat-amatlah kurang Guru Pendidikan Islam dari kalangan anak tempatan.. ntahlah di mana punca silapnya.. apakah JPN sendiri kurang prihatian terhadap masalah ini? 

Sek Men Keb Agama (SMKA) & Sek Agama Rakyat (SAR) wujud di Sabah seperti SMKA Kota Kinabali, SMKA Inanam, SMKA Tun Said Kota Belud, SMKA Sandakan, SMKA Tun Sakaran Semporna, SMKA Ranau namun ke mana pelajar tadi pergi selepas tamat SPM/STPM?jika mereka ke universiti, apakah jurusan agama disisihkan dari dalam hati mereka, kenapa? tidak pernahkah anak-anak pelajar tersebut diberi motivasi untuk memenuhi kehendak dan keperluan orang kampong di Sabah.. yang ada, insan-insan bukan bidang agama yang prihatin dan komitmen turun ke tengah gelanggang dunia moden ini memerah keringat membanting tulang demi kelangsungan Islam di Bumi Di Bawah Bayu ini..


akhirnya jika berterusan anak tempatan tidak ramai MINAT BIDANG AGAMA, lahirlah ibubapa yang tak faham agama, TAK SUKA SEMBANG AGAMA, TAK MAHU MEMBANTU PIHAK YANG INGIN MENEGAKKAN ISLAM.. lahirlah masyarakat Sabah yang akan mementingkan dunia dan 
sokong BN!


------------------------------------------------------------------

Calon mohon KPLI kini perlu ada ijazah pengkhususan


(utusan.com.my)

19/01/2010 6:46pm

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Sharuddin.
Beliau berkata, syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lepas.
"Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama. Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.
"Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI pengambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, hari ini.
Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata, seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 buah kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula semalam. - Bernama
Add to Google

Tiada ulasan: