Isnin, Januari 18, 2010

Perahu Naga Karam di Pulau Pinang, pelajar sekolah mangsa.. JPN salahkan sekolah?

Mayat mangsa keempat perahu naga karam ditemui

18/01/2010 2:25pm

PULAU PINANG 18 Jan. – Mayat seorang lagi pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling, Pulau Pinang, yang terlibat dalam kejadian perahu naga karam semalam, Brandon Yeoh, 17, ditemui berhampiran Pangkalan Raja Tun Uda 12 tengah hari ini.
Ini menjadikan jumlah mangsa lemas yang telah ditemui menjadi empat orang. Dua lagi pelajar yang hilang masih dicari.

B/harian (18/1/10) Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa tragedi perahu naga

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga dan rakan kepada mangsa tragedi perahu naga di perairan pantai Lebuh Macallum, Pulau Pinang.

Dalam insiden semalam, enam orang termasuk seorang guru lemas apabila perahu naga mereka terbalik selepas dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang. 
 
yusz felda : akhir zaman.. banyak kematian luar jangka.. muda-muda banyak dah dijemput Allah kembali...  apakah mungkin sekolah disalahkan?
Guru-guru akhir zaman ni banyak cobaan.. bila sahaja ada aktiviti PnP atau kokum, ada sahaja ancaman ibubapa yang payah berunding... 
mungkinkah isu ini wujud 
SAMAN SEKOLAH???

Tiada ulasan: