Ingat kah tuan/puan artikel sebelum ini bertarikh
"
Jumaat, Januari 08, 2010
Saya dilantik jadi 'moderator' Forum Ma'al Hijrah di Felda Umas, malam esok.. kemudian tak dibenarkan pula...
HASIL PENYIASATAN TERKINI!
rupa-rupanya bila disiasat oleh saya dan rakan-rakan di Felda Umas ini, tidak lain tidak bukan jawapan seorang Pengurus Felda Umas : biar macam mana pun Islam ustaz tu.. tetapi dia ORANG PAS!"
Apakah jenayah Pas? Apakah Pas sesat? apakah Pas tidak pernah memerintah di Malaysia? apakah jahil dan bodoh orang Pas untuk menjadi moderator?
Ternyata, pengurus ini lemah ilmu agama, dakwah dan politik.. dia hanya menjadi hamba kepada manusia dan bukannya Allah..
Tuan/puan sekelian, untuk makluman, difahamkan majlis berjalan lancar dengan kehadiran 500 orang di dewan Felda Umas, 2 Pengurus hadir.. ahli panel juga saya yang carikan sebelum saya direhatkan sebagai moderator & soalan-soalan forum malam tersebut semuanya adalah tulisan saya yang dibincangkan bersama rakan-rakan termasuk Pengerusi Masjid, Hj Zainal Bacho.. Pengurus Felda mungkin tidak tahu bahawa soalan-soalan forum malam tu ORANG PAS yang buat.. he he.. Penyelia Agama Felda Wilayah Sahabat Ust Nizam menggantikan saya sebagai moderator.. tiada dendam.. KITA PROFESIONAL.. kita pejuang Islam Profesional..
Allah Merancang Segalanya.. ada lagi kejahatan UMNO di bumi Umas.. akan saya susuli selepas artikel ini... bersabarlah ya... Saya ada Allah.. saya ada Al-Quran.. saya akan teruskan perjuangan... ALLAHU AKBAR!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan