Jumaat, Januari 15, 2010

Wajah-wajah suram di Haiti (gempa bumi 7.0 skala)..

Gegaran kuat landa tiga negara



SEORANG wanita terselamat daripada runtuhan akibat gempa.

Kemusnahan teruk di Haiti akibat gempa selain Republik Dominica, Cuba

PORT-AU-PRINCE: Gempa bumi kuat melanda Haiti kelmarin turut dirasai di kepulauan Hispaniola, Republik Dominica dan sesetengah penduduk yang panik di ibu kota Santo Domingo segera keluar dari rumah yang bergegar.

Gegaran juga dirasai di timur Cuba apabila kediaman penduduk bergera. Tetapi, tiada kerosakan besar dilaporkan berlaku di Republik Dominica dan Cuba.

"Kami merasa ia amat kuat dan saya mengatakan ia agak lama. Kami tiada masa untuk berpindah," kata Dionisio Garcia, ketua paderi Santiago.

Pakar geofizik Kajian Geologi Amerika (USGS), Kristin Marano menyifatkan gempa terbaru Haiti sebagai yang paling kuat sejak 1770.

Pada 1946, satu gempa 8.1 skala Richter menggegarkan Republik Dominica yang turut menggegarkan Haiti menghasilkan tsunami yang mengorbankan 1,790 penduduk.
KAWASAN penduduk Canape-Vert antara paling teruk musnah selepas dilanda gempa.

Kebanyakan sembilan juta penduduk Haiti amat miskin, dan selepas bertahun-tahun menghadapi ketidakstabilan politik, negara itu tidak memiliki sektor pembinaan bermutu.


WARGA Haiti meninjau kemusnahan selepas gempa 7 skala Richter.
Wartawan berkata, gempa berlaku secara mengejut. Ada mangsa diselimuti debu merangkak keluar dari runtuhan merintih ketika mangsa lain berlegar-legar di sekitar jalan raya sambil berpegangan tangan.


Tiada ulasan: