Khamis, Januari 28, 2010

Isa lagi! ORANG ISLAM BUNUH ORANG ISLAM?


cuba lihat ayat ini : (utusan.com.my)



Hishammuddin berkata, kementeriannya berhubung rapat dengan agensi antikeganasan antarabangsa dan kesemua yang ditahan itu adalah mereka yang dikehendaki.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut identiti mereka yang ditahan itu.
‘‘Mereka yang ditahan itu baru tiba di negara ini, jadi ini bukan perkara yang telah bertapak lama di Malaysia.
‘‘Kalau kita tak ambil tindakan cepat saya bimbang ia dapat mempengaruhi mana-mana pihak. 
>>> tuan/puan... kalau hal melibatkan orang Islam, libatkan agama.. punyalah bertindak macam kita pengganas.. kita ikut Amerika Syarikat buat apa??? masalahnya ialah.. selama ini USA ini tolong Israel, bunuh orang Islam Palestine.. tak pula negara cepat-cepat pergi tolong tembak orang Israel.. mengapa orang Islam membunuh orang Islam sendiri?



Sofi Wahab   (harakahdaily.net)
Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein semalam, mengesahkan 10 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terlibat dengan organisasi pengganas antarabangsa.

Jelas sekali undang-undang ISA yang berkuasa menahan sesiapa sahaja tanpa bicara masih mencengkam dan terus dipertahankan.

Walaupun kerajaan melaung-laungkan untuk mengubah atau memperbaiki undang-undang drakonian ini tetapi ianya masih belum menjadi kenyataan.

Sampai bilakah undang-undang yang bertentangan dengan Islam ini akan digunapakai. Mungkin selepas kerajaan BN jatuh pada pilihanraya akan datang barulah ianya dihapuskan.

Selagi ada BN, ISA sudah tentu akan ada kerana mungkin ada udang di sebalik 'mee' mengapa ia dikekalkan.

Sebagai rakyat Malaysia saya amat mengharapkan ia dikaji dan seterusnya dihapuskan dengan segera bagi memastikan hak asasi manusia di bumi Malaysia ini dipertahan dan didaulatkan.
Undang-undang lain yang ada di negara tercinta ini sudah cukup untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan negara kita.
 
Malaysiakini.com/bmTahanan ISA: 4 Syria, 2 Nigeria , 1 Yemen & Jordan
Jan 28, 10 11:24am
TERKINI Sebuah pertubuhan hak asasi manusia mendakwa 50 orang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Khamis lalu di Kuala Lumpur tetapi sebahagian besar mereka telah dibebaskan.

Menurut presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim hanya 12 masih ditahan manakala yang lain dibebaskan pada jam 3 pagi, sehari selepas ditahan.
Katanya, kumpulan berkenaan yang kebanyakan mereka pelajar asing dicekup sepasukan polis ketika menghadiri kelas agama di Sungai Cincin, Gombak.

Syed Ibrahim berkata daripada sembilan nama mereka yang ditahan itu yang diperolehi oleh GMI menunjukkan seorang adalah rakyat Syria, dua rakyat Nigeria, seorang Yemen, seorang Jordan manakala seorang lagi adalah rakyat Malaysia.

"GMI percaya penahanan terbaru ISA mungkin sebagai tindak balas tekanan antarabangsa berhubung ancaman pengganas di Malaysia," katanya.
Pada sidang media hari ini, dia ditemani oleh seorang daripada tahanan ISA yang dibebaskan oleh polis minggu lalu.

Kemungkinan berkaitan dengan pengebom 'seluar dalam'
Semua tahanan didakwa sebagai kumpulan yang dikaitkan dengan Umar Farouk Abdulmutallab, 23, rakyat Nigeria yang ditahan di Amerika Syarikat.

Tiada ulasan: