ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA PENCINTA PERJUANGAN ISLAM SEKELIAN... PERTEMUAN SULIT JAM 2 PTG HINGGA 4 PTG KELMARIN BERAKHIR DENGAN KEPUTUSAN
PIHAK PASTI BERTEGAS UNTUK KEKAL DI LOKASI YANG SAMA, MERAYU DITERUSKAN OPERASI SEHINGGA DIKELUARKAN ARAHAN BERTULIS 'MENGARAHKAN KELUAR'.
Antara alasan (1)pihak Pengurusan Kilang Sawit Wilayah Sahabat, Sabah ialah 'surau di mana operasi PASTI berjalan hendaklah dikembalikan kepada fungsi asal(sekadar untuk solat dan kelas pengajian) dan (2) ia bukan milik persendirian sebaliknya milik Kilang Sawit, Felda.
Saya dan sahabat saya (Ust Lukman-jazakallah kerana tolong teman dan beri pandangan ketika pertemuan) menjelas dan membidas 2 alasan wakil tadi (merangkap Ketua UMNO Cawangan Kilang Sawit).
Hujah kami 1) betul ia asal surau. Tetapi operasi pasti mulai jam 8 pagi hingga 12 t/hari tidak mengganggu aktiviti surau. Malahan amat menyedihkan, satu orang staf yang tinggal di kawasan perumahan pun susah dilihat untuk memakmurkan surau. Sebelum wujudnya pasti 2008, memang hanya untuk ibadat solat namun jemaah boleh dikira bilangan yang datang.
(2) Pengurusan Felda telah membenarkan Bilik Gerakan UMNO Tjg Batu beroperasi sebelum pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2008. Lokasi bilik tersebut berdekatan dengan pejabat-pejabat pengurus rancangan dan hari ini bilik tersebut dikenali sebagai Pusat Literasi Umas 2 dan 3.
Apa yang menghairankan ialah aktiviti yang jelas politik UMNO boleh pula dibenarkan dan aktiviti Pra Sekolah PASTI yang diiktiraf rakan dan lawan (di bawah Dewan Pemuda Pas) dihalang dengan 2 alasan di atas tadi.. sepatutnya Negara Islam yang mengamalkan 1 Malaysia yang demokrasi (BUKAN KUKUBESI) bertolak ansur dan memberi peluang rakyat menikmati perkhidmatan yang ditawarkan... PASTI adalah pendidikan di bawah parti.. tidak ada doktrin untuk menyesatkan aqal suci anak-anak.. tetapi BILIK GERAKAN yang jelas politik untuk warga berusia 21 tahun ke atas diBENARKAN bergerak tanpa ada halangan oleh FELDA. Jelas, semua pengurus perladangan @ tanah rancangan takutkan UMNO dan hanya menjadi SINGA di depan PASTI. he he... Setiap hari mereka akan melalui bilik gerakan yang terletak berdekatan jalan utama. Mereka boleh menipu orang Felda Umas yang bimbang dengan hutang piutang.. tetapi tidak boleh menipu rakyat marhain, rakyat lemah tetapi mempunyai kesedaran untuk menegakkan Islam di bumi Felda yang makin jauh sesat dari landasan beragama...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan