Saya copy artikel yang ditulis sahabat saya matbulan.blogspot.com
Teruskan membaca tulisan beliau(SDR DARAMANSAH)... apa yang penting ketika mengedar risalah, kita luang masa sedikit berbual-bual bertanya khabar beramah mesradengan sasaran... jika boleh tepuk-tepuk bahu.. bersalaman.. ianya memberi sentuhan tersendiri kepada sasaran.. insya allah, sedikit pengalaman KP Ust Nasyarudin menyedarkan kita adakalanya kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.. kerana tidak menyantuni sasaran, kita dianggap parti tidak berakhlak.. mudah-mudahan kita berubah ke arah lebih mantap.. INSYA ALLAH... :) SO, TERUSKAN...
Terkejut seketika para pengunjung di Pasar Putatan Kota Kinabalu apabila melihat kehadiran gerombolan pemuda PAS pada pagi Ahad 17 Januari baru-baru ini.Lengkap dengan baju yang mempunyai lambang parti dan membawa risalah agak meresahkan seketika para peniaga di situ.
"Ada demonstrasi kah" tanya salah seorang pengunjung pasar tersebut.
"Tidak encik,kami datang pagi ni untuk memperkenalkan Ketua Pemuda kami dari Pusat yang datang melawat ke Sabah" jawabku ringkas.
"ooh begitu. Yang mana satu orangnya?"tanya salah seorang peniaga di situ.
"Ok nanti saya pekenalkan dengan kakak yer" balasku.
Begitulah serba sikit senario yang berlaku pada pagi itu.Mula mereka agak risau melihat kehadiran kami,tapi setelah melihat sendiri sikap peramah yang ditunjukkan oleh ust Nasaruddin Tantawi yang mengetuai lawatan itu,mereka mula menunjukkan respon dan layanan yan baik kepada kami.
Keramahan Ketua Pemuda PAS Malaysia ini amat disenangi oleh para peniaga dan pengunjung pasar Putatan
Lawatan singkat itu telah membuktikan bahawa masyarakat umum dan rakyat Sabah secara keseluruhannya dapat menerima PAS denga baik sekiranya kita sering datang dan melawat mereka.Justeru itu aktiviti serta program-program kemasyarakatan wajar diperbanyakkan bagi memastikan PAS khususnya di Sabah mendapat tempat di hati pengundi dari pelbagai kaum di negeri ini.
------------------------------------------------
*** PENGAJARAN : KALAU KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA BERANI EDAR RISALAH DI TENGAH GELANGGANG MASYARAKAT.. KITA YANG TAK BERAPA KETUA NI... TAK ADA JAWATAN PON.. APA TAKUT..
JOMLAH BERSAMA JEMAAH...
:))))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan