Selasa, Januari 19, 2010

Amerika ke Haiti, TOLONG atau jadi hantu TIN KOSONG???

Amerika hantar 10,000 tentera ke Haiti

PORT-AU-PRINCE 18 Jan. - Amerika Syarikat (AS) akan menghantar tentera tambahan ke Haiti hari ini bagi menyertai operasi bantuan ketika berpuluh-puluh ribu mangsa gempa bumi yang kelaparan, kehausan dan cedera, terdesak menanti bekalan makanan serta perubatan yang dijanjikan.

Jurucakap tentera AS, Jose Ruiz berkata, kira-kira 2,200 anggota marin dengan kelengkapan berat untuk membersihkan puing runtuhan, bantuan perubatan dan helikopter akan menyertai lebih kurang 5,000 tentera AS yang telah pun berada di wilayah itu.

Katanya, pasukan itu menyasarkan untuk menempatkan kira-kira 10,000 tentera AS di kawasan bencana bagi melibatkan diri dalam operasi menyelamat.

Pemimpin-pemimpin dunia memberi jaminan akan memberikan bantuan besar bagi membangunkan semula Haiti sejak gempa bumi Selasa lalu, mengorbankan kira-kira 200,000 orang dan mengakibatkan ibu negara itu berubah menjadi 'padang jarak padang tekukur'.
-----------------
YUSZ FELDA : percayakah kita Amerika Syarikat ni??? Obama kata nak keluarkan tahanan dari penjara.. dilewat-lewatkan.. tambah lagi tentera ke Afghanistan.. beri lagi duit kepada kerajaan Yaman konon-konon untuk banteras pengganas.. tak mustahil tentera ini akan berkubu di Haiti dan akhirnya meluaskan Empayar Amerika di dunia.. hatta ke Yaman.. kan kan.. bijak kepala otak yahudi ni kadang-kadang.. he he.. :)

Tiada ulasan: