Isnin, Januari 11, 2010

PERLIS.. TERNODA OLEH LELAKINYA YANG RAKUS?


PERLIS... TANAH TUMPAH NEGERIKU...

Kes rogol meningkat

PADANG BESAR 10 Jan. - Kes jenayah kekerasan termasuk jenayah rogol dan mendatangkan kecederaan di daerah ini meningkat lebih 15 peratus pada tahun lalu berbanding tahun 2008.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros berkata, kebanyakan individu yang terlibat dalam kes rogol ini adalah juvenil iaitu golongan remaja yang berusia di bawah umur 17 tahun.

Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati majoriti lelaki yang melakukan jenayah berkenaan adalah kenalan rapat kepada mangsa rogol itu sendiri.





Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi pergaulan anak-anak mereka bagi mengatasi masalah tersebut.

YUSZ FELDA : macam mana anak boleh kena rogol? ada usaha ibubapa menasihati/mengajar anak bagaimana pakaian yang disuruh Islam? jika dah pakai seksi.. kena kacau dengan lelaki, janganlah marah lelaki tu.. marahlah anak tuan/puan.. Lukman menasihati anak/mengajar anaknya dengan Bab Aqidah dahulu.. iaitu jangan syirik kepada Allah.. jangan sembah lain.. iaitu ikut apa yang Allah mahu.. akan berjaya dalam kehidupan.. dari segi pakaian, kehidupan, makan minum dan sebagainya...


Hatta jika dah bertunang pun, mana boleh keluar ikut tunang pergi berkhelah jika tiada mahram.. kan kan.. ini tunang macam LESEN besar untuk meratah batang tubuh wanita yang haram disentuh!

Tiada ulasan: