Isnin, September 14, 2009

PM bersama rakyat Tawau? ker dengan BN Tawau?

Masjid Kausar, Tawau (pandangan belakang) dihiasi lampu sebelum majlis 13/9/09. Suasana meriah la...

* papan tanda di pentas utama. Kelihatan 1 Malaysia di sana sini.

Najib tiba di Tawau untuk majlis bersama rakyat

TAWAU: (Berita Harian) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Tawau untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.


Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 3.30 petang dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; dan beberapa anggota Kabinet negeri.

Petang ini Najib dijadual mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina di Hotel Promenade sebelum menghadiri majlis penyampaian sumbangan amal Ramadan serta berbuka puasa di Masjid Al-Kauthar.


Sejurus selepas menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih, Najib dijadual mengadakan perjumpaan dengan anggota pemimpin parti komponen Barisan Nasional di Hotel Promenade sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. - Bernama

PM juga berkata (Utusan Malaysia) :

“Kita akan ambil kira semua golongan supaya mereka tidak berasa terpinggir atau jauh hati daripada kita malah setiap kelompok, setiap kumpulan, setiap kaum akan dapat pembelaan sebaik-baiknya melalui dasar kerajaan kita iaitu kerajaan BN,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 masyarakat pelbagai kaum dan agama di Tawau sempena majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan amal kepada anak yatim dan fakir miskin.

**************************** *RESPON SAYA ****************************

Kawan saya Jupri beritahu kelmarin 13/9/09 dia tak dibenarkan masuk masjid oleh petugas di sana.. katanya masjid sedang buat persiapan! Fuh, dasyat betoi.. macam la sempit masjid! Macamlah masjid ni tempat untuk PM sahaja? Siapa yang dengar isu ni, pasti tak puas hati.. nak kata bodoh, cerdik.. agaknya yang tak beri kawan saya masuk, tak tahu kot FUNGSI MASJID??? 1 Malaysia...

Katanya 26 syarikat catering di Tawau dibooking untuk program kelmarin.. RM 5 juta dibelanjakan katanya... untuk Majlis Bersama Rakyat BN/UMno.

Pokok ditebang.. sedangkan ia ditanam bertahun lamanya.. kita kadang-kadang pergi parking bawah pokok-pokok tu, maklumlah tak banyak lagi tempat teduh di perkarangan masjid... ada siapa tersentuh isu ni? orang yang jarang bertandang ke masjid tak rasa apa-apa. Datang pun nak makan dengan PM sahaja, bukan rasa apa-apa.. ntah ada yang tak puasa (tanpa alasan syarak) pun ada di kawasan masjid...

Tiada ulasan: