Isnin, September 21, 2009

SISTERS IN ISLAM(SIS) NAK MINTA KUASA MAHKAMAH TANGGUH HUKUM SEBAT?

Isnin 21 September 2009 | 1 Shawwal 1430 Hijrah
Hukuman sebat, apa agenda SIS? - Teras
Harakahdaily
Sun | Sep 20, 09 | 5:12:01 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Tindakan Sisters in Islam (SIS) menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan dan menangguhkan pelaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi dianggap sebagai satu agenda untuk menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini.

Iklan

Menurut Presiden Teras,Mohd Azmi Abdul Hamid tindakan SIS adalah bersifat anti hukum syariah dan wajar dibantah dengan keras.

"Teras membantah keras niat SIS untuk terus bersikap anti hukum syariah. Pelaksanaan hukuman jenayah syariah adalah sah dan jelas termaktub dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

---------------------------------------------------------


ULASAN MAHKAMAH-akhirat :

1) BN/UmNO tak pernah / kurang / memang tak mahu melaksanakan hukum Syariah Islam atau Jenayah Islam di Malaysia...

2) Oleh kerana kurang/tiada penerangan berkaitan hukuman Islam sebenar di radio/tv/forum/seminar dsb, maka rakyat jadi bercelaru... khasnya bukan Islam...

3) Kelab Penyokong Pas yakin bahawa Pas memperjuangakan hukuman Islam yang adil bukan macam UMNO

4) MCA/MIC dan lain-lain agak pening dengan situasi semasa ini... bagaimana ramai orang mula sertai Pas sedangkan hukuman Islam yang Pas selalu laung-laungkan dikatakan oleg UMNO, HUDUD Pas?

5) Maka, tak hairanlah SIS yang memang tak ada ulamak dan tak faham sangat hukum hakam, main kepala otak sahaja... menggelabah tak tentu hala... guna kepala otak tak guna dalil al-Quran dan Hadis adakalanya menyesatkan!


Tiada ulasan: