Rabu, September 23, 2009

BN HALALKAN ARAK? akibatnya banyak masalah jenayah...


30% punca kemalangan jalan raya kerana mabuk(utusan malaysia)

KUALA LUMPUR 22 Sept.- Pengambilan minuman beralkohol atau arak dikenal pasti punca kepada 30 peratus kemalangan jalan raya di Malaysia.

Sekretariat Pertubuhan Antarabangsa Kawalan Produk Malaysia, David Ong Chan Hor berkata, ia berdasarkan laporan

Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) sebelum ini.

''Individu yang minum arak terutama dalam kuantiti yang banyak akan mabuk dan dalam keadaan kurang normal, jadi apabila mereka memandu, risiko mereka terlibat kemalangan adalah tinggi.

''Dengan peratusan kemalangan yang tinggi ini, syarikat insurans akan menaikkan premium insurans kenderaan yang pastinya menyusahkan semua pemilik kenderaan,''

katanya di sini.

Menurut David, selain terlibat kemalangan, pengambilan minuman beralkohol mengakibatkan keganasan rumah tangga.

''Berdasarkan maklumat Pertubuhan Bantuan Wanita di negara ini, pengaruh alkohol menyebabkan seseorang itu terutama suami melakukan keganasan terhadap pasangannya.

''Alkohol menyebabkan pemikiran individu tidak normal yang juga menyumbang kepada masalah penderaan terhadap anak," katanya.

David berkata, kesan lain yang sering timbul daripada pengambilan alkohol atau arak adalah melakukan pembunuhan dan perceraian.

Tambahnya, di Eropah, seorang pakar perunding, Peter Anderson yang mengkaji kesan berhubung pengambilan alkohol mendapati ia menyumbang 40 peratus kes keganasan dan penderaan terhadap sembilan juta kanak-kanak.

Tiada ulasan: