--------------------------------------------------------------
SPR bertindak luar biasa sekat pilihan raya kecil tiga DUN Perak(B/HARIAN 5/9/09)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, hari ini.
Peguam Datuk S Ambiga, menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V Sivakumar.
"Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku," katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.
Sivakumar, 38, memohon perintah mahkamah bagi membatalkan keputusan SPR itu dan mengarahkan suruhanjaya itu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi itu.
Mahkamah menetapkan 9 September ini bagi mendengar hujah balas SPR yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md Said. - Bernama
-------------------------
DOAKAN YANG BENAR DIBANTU ALLAH! TUMBANGKAN BN! HANCUR KEZALIMAN BN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan