Sabtu, September 05, 2009

Analisa Dun Bagan Pinang>

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal

matilagiADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini. Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).08e3ebebc2ed6bf3f188aa3d68ffdfc3

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini. Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu. Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

N31 BAGAN PINANG
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384

Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

---------------------------------------------------

TUHAN BETUL MENGUJI IMAN KITA.. AGAKNYA BERKAT BERSABAR, DAPAT JUGA 1 DUN UNTUK JADI MEDAN MENGUJI KEKUATAN PENGARUH SEMASA DALAM PERGOLAKAN POLITIK TANAH AIR.. PADA SAAT MINYAK NAIK HARGA.. PADA SAAT SPRM DIGEGARKAN DENGAN KEMATIAN TEOH.. PADA SAAT KES JENAYAH MENINGKAT.. PADA SAAT PKFZ BELUM DISELESAIKAN... PADA SAAT HAMPIRNYA QIAMAT...


Tiada ulasan: