KUCHING 30 Sept. — Kes Chikungunya kini semakin meningkat dan merebak di Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan hari ini.
Beliau berkata, Chikungunya, sejenis penyakit viral yang menjangkiti manusia menerusi gigitan nyamuk Aedes, mencatatkan peningkatan mendadak di negeri ini bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
“Tiada laporan mengenai kes Chikungunya tahun lepas tetapi sejumlah 397 kes dilaporkan di negeri ini, termasuk di Betong dan Kuching tahun ini.
“Demam Chikungunya semakin merebak di negeri ini tetapi tidaklah serius kerana belum ada kematian akibat penyakit ini,” katanya kepada pemberita pada taklimat mengenai kedudukan terkini Influenza A(H1N1) dan jerebu di negeri ini di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia. - Bernama
--------------------------
Sedarkah kita.. segalanya terjadi pada saat-saat kita alpa dan lalai dari ingat kepada Allah.. apakah datang TSUNAMI depan muka kita, baru mahu berlari???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan