Ahad, September 13, 2009

2 Suruhanjaya buat kerja UMNO ka???

NGO kecam SKMM siasat Malaysiakini
Sep 10, 09 11:57am
Beberapa NGO, termasuk di peringkat serantau, mengecam keras tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyiasat secara intensif sekumpulan besar wartawan Malaysiakini berhubung video demonstrasi membantah kuil Hindu.

Video itu merakamkan bantahan kira-kira 50 orang, dengan mengarakkan kepala lembu yang masih berdarah, di depan bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam, hujung bulan lalu, berhubung isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

Piagam 2000 Aliran, kumpulan pemantau kebebasan media dalam NGO berpengaruh itu, menyifatkan tindakan suruhanjaya itu sebagai mempersendakan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin untuk tidak menapis Internet.

"Tindakan secara metafornya membunuh pembawa mesej juga sangat tidak menyenangkan kerana ia bertujuan menakut-nakutkan wartawan yang sedar daripada melaporkan kebenaran tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata penyelarasnya Dr Mustafa K Anuar dan Anil Netto dalam satu kenyataan.

Sementara Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa), dalam surat bantahannya kepada SKMM, pula menyifatkan siasatan itu sebagai satu bentuk "gangguan sewenang-wenangnya" terhadap akhbar web tersebut, dan sekali gus mencabuli hak bersuara dan kebebasan media.

"Seapa telah menonton video-video berkenaan, liputan Malaysiakini itu dan keadaan semasa, dan kami membuat kesimpulan bahawa Malaysiakini tidak membuat apa-apa selain melaporkan dua perkembangan berita yang sah," kata pengarah eksekutifnya Roby Alampay.

NONEPegawai penyiasat suruhanjaya itu mengambil keterangan lagi hari ini (foto atas, kanan), kali ketiga selepas siasatan beramai-ramai selama lapan jam sekumpulan 12 pegawai kanan, editor, wartawan dan kakitangan teknikal Malaysiakini kelmarin di pejabat portal berita itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Selain ketua pegawai eksekutif akhbar web itu Premesh Chandran, editor dan wartawan itu terlibat dalam proses pemberitaan, suntingan dan penerbitan dua berita dan video berhubung demonstrasi di Shah Alam pada 28 Ogos dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu turut disiasat.

Suruhanjaya itu memulakan siasatannya terhadap ketua pengarang kumpulan Steven Gan, Sabtu lalu, berhubung penerbitan dua klip video yang dituntut agar dibuang: Temple demo: Residents march with cow's head (28 Ogos) dan Hisham: Don't blame cow-head protesters (2 Sept).

Pemantau pilihan raya Institut Nasional bagi Integriti Pilihan Raya (NIEI) pula berkata siasatan itu "berniat jahat dan sekali gus bertentangan dengan prisinsip demokrasi dan kebebasan media yang termaktub dalam perlembagaan dan Artikel 19 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.

"Bersempena dengan Hari Hak Asasi Manusia (peringkat Malaysia) semalam, NIEI mendesak agar kerajaan Malaysia dan SKMM agar menghormati kebebasan media dan kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat," kata pengarah eksekutifnya Amin Iskandar.

"Tindakan sebegini hanya membawa Malaysia kebelakang sekali gus bercanggah dengan gagasan '1Malaysia: rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan' yang dipopularkan oleh perdana menteri.

"Jika rakyat diutamakan, hormatilah hak asasi rakyat untuk bebas mendapatkan maklumat dan informasi."
------------------------------------------------------

ulasan saya :
siapa tak marah kalau tidak telus dalam buat kerja... malaysiakini siar video arak kepala lembu, betul.. bukan dia edit2 ... dah 12 orang terlibat baru-baru ni dihadapkan ke mahkamah(walaupun kemudiannya mengaku tak bersalah).. kiranya yang arak kepala lembu tu dituduh la oleh kerajaan buat kesalahan.. tiba-tiba akhbar web antara top di malaysia ini disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)... kerja menyiasat ni teringat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)...

banyak lagi web-web yang tak patut ada (disiasat oleh SKMM)contoh kisah artis itu ini dengan pakaian tak menutup aurat.. web-web yang bercanggah dengan budaya Islam dsb.. tapi tidak dipeduli... macam mana ni SKMM? tak lama lagi habis la rakyat...

* tengok gambar pegawai SKMM (di atas), rasa nak marah sahaja jadi telunjuk UMNO!

Tiada ulasan: