
Ust Hafizullah (rakan di Al al-Bayt, Jordan) pemegang Ijazah Bahasa Arab berkata :
" Nazilah = turunnya bala/musibah pada umat Islam. Kata Fuqaha (orang-orang alim dalam bab feqah/hukum hakam) : ianya doa dalam solat untuk memohon pertolongan Allah dari bala.
Ianya dilakukan oleh Nabi saw selepas peristiwa 6 daie (jurudakwah) Al-Quran yang diutuskan Nabi saw dibunuh dalam penipuan licik pada hari Raji'(yaumu rajik) "
Ust Zulkifli (Ijazah Syariah Al al-Bayt, Jordan) pula berkata :
" Naazilah = ancaman / bahaya, cth Israel serang/bom orang Islam, lalu kita buat naazilah. Setakat yang saya tahu (menurut sirah-kisah hidup Nabi saw): Rasulullah saw berqunut naazilah dalam solat fardhu yang lima sebulan lamanya ke atas orang-orang yang terlibat dalam pembunuhan 70 orang sahabat yang diutus berdakwah. Peristiwa ini berlaku pada tahun 4H- dinamakan peristiwa Bi'rul Ma'unah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan