Makan Pil Perancang Di Bulan Puasa, Elak Dari Datang Haid & Malas Qadha(Ganti), Boleh Ka?
Kak yah bertanya saya : apa pendapat ustaz? kawan-kawannya mengamalkan pil kerana malas mau ganti.
Jawab rakan-rakan saya di talian hukum saya :-
1) Ust Zaim Helmi (DJ hukum-hakam Radio Tawau)
i. Yang afdhalnya membiarkan kebiasaan Haid terjadi kerana itu adalah ketetapan Allah untuk wanita. Demikian juga isteri Nabi saw dan para salaf lakukan (Fatwa Lajnah Daimah-Arab Saudi).
ii. Harus hukumnya kalau tak memudharatkan pusingan Haid seterusnya, dengan syarat mesti dapat nasihat dari Doktor Pakar Islam yang berwibawa- pendapat Ulamak Kontemporari. (pendapat ini disokong oleh rakan saya Ust Abdullah Tahir)
2) Ust Ilyas berpendapat : tak payahlah nak ubah ketentuan Allah takut nanti ada kesan sampingan pada kesihatan dan sebagainya.
Lagipun puasa ini ibadah tahunan, bukan tiap-tiap tahun nak makan pil! Lainlah dengan ibadat haji 1 x seumur hidup!
3) Ust Wan Rumaizi (pensyarah UIAM,KL) Alasan yang membenarkan makan pil tahan haid masa haji tak sama dengan masalah puasa, oleh itu tak boleh QIAS (banding) kebenaran guna pil masa haji dengan puasa.
*** sila sms masalah hukum/persoalan ke 019-4548454(ust Yusz),
KAMI SEDIA MEMBANTU!
jawapan akan dipamerkan dalam
WWW.mahkamah-akhirat.BLOGSPOT.COM
untuk masalahat semua umat!
KAMI SEDIA MEMBANTU!
jawapan akan dipamerkan dalam
WWW.mahkamah-akhirat.BLOGSPOT.COM
untuk masalahat semua umat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan