Sabtu, September 12, 2009

JANGANLAH BERGADUH, MAU DEKAT RAYA SUDAH NI...

Susilo melawat Malaysia lerai kemelut dua negara


KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menawarkan diri untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda hubungan Malaysia dengan republik itu kebelakangan ini.

Jakarta memilih 9 Oktober ini untuk Susilo mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu dinyatakan Duta Besar Indonesia di sini, Tan Sri Da'i Bachtiar dalam sidang akhbar di sini semalam.


Laporan yang dipetik agensi berita Antara, Da'i Bachtiar berkata, agenda perbincangan kedua-dua ketua negara itu turut menyentuh isu keselamatan makanan dan keselamatan kedua-dua negara.


"Kita berharap kedua-dua ketua negara berbincang termasuk berkaitan dakwaan Malaysia mengenai warisan kebudayaan," katanya.

Beberapa kumpulan rakyat Indonesia termasuk golongan mahasiswa kebelakangan ini mengadakan tunjuk perasaan dengan membakar Jalur Gemilang dan menggerakkan kempen Ganyang Malaysia kerana menganggap Malaysia cuba memilik negara produk kesenian dan kebudayaan berasal dari negara itu. - Agensi

-------------------------

MUDAHAN-MUDAH DAPAT LAH DISELESAIKAN AGAR TIDAK TIMBUL 'NATIJAH' YANG MEMUDHARATKAN KEDUA PIHAK... KITA BIMBANG JADI MACAM KONFRANTASI DULU.. TENTERA MALAYSIA ADA YANG GUGUR CONTOHNYA DI KALABAKAN, TAWAU... TENTERA MALAYSIA DISERANG TENTERA INDONESIA.. SEDANG KEDUA NEGARA INI UMATNYA RAMAI MUSLIM.. :(


Tiada ulasan: