Jumaat, September 11, 2009

Di Malaysia, mati kerana DADAH! Bala Allah juga, cuma buat-buat tak peduli...

ORANG PALESTINE MATI SYAHID MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH... MATI MULIA..


DI INDONESIA (Gambar -GERAKAN POLIS BARU-BARU INI MEMBURU NORDIN MAT TOP) BAHKAN DI MALAYSIA JIKA MEMBURU ORANG YANG DISYAKI PENGGANAS(WALAU BUKAN PENGGANAS SEBENAR IKUT ISLAM) PUNYALAH POLIS BERHABIS-HABISAN KERINGAT.. SEDANG YANG DIBURU ITU SEORANG MUSLIM YANG KUAT AQIDAHNYA KEPADA ALLAH... MEREKA MEMPUNYAI PRINSIP TERSENDIRI... BUNUH DIRI MEMBABI BUTA TAK SAMA DENGAN MEMPERTAHANKAN AQIDAH HINGGA TERPAKSA MELETUPKAN DIRI.. KENA KAJI BETUL-BETUL LAH..

TAN SRI MUSA HASSAN, KENA LIHAT APAKAH PENDEKATAN MENCEGAH JENAYAH SELAMA INI BETUL, IKUT ISLAM? ATAU HANYA IKUT CARA BN/UMNO?

AKHIRNYA ORANG MALAYSIA RAMAI MATI KERANA DADAH, GAM, SYABU DAN SEBAGAINYA... :(

TERUSKAN LIHAT ARTIKEL DI BAWAH INI >>>>


----------------------------------------------------------

Bahana dadah

Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my




Anak kecil, warga tua dan anggota keluarga jadi sasaran 'bangkai bernyawa'

SEBAIK umat Islam melangkah masuk tahap 10 hari kedua Ramadan yang dijanjikan pengampunan, rakyat Malaysia sebaliknya dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak tidak berdosa di tangan bapa saudaranya, seorang penagih dadah tegar, Selasa lalu.

Dalam kejadian di Gua Musang itu, Mohd Adam Azrai Rosman, 3, sedang seronok menunjukkan baju raya baru dibeli apabila bapa saudaranya yang berusia 22 tahun tiba-tiba meluru dan terus menikam rusuk mangsa dengan pisau.


Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai penagih tegar baru saja mengambil dadah ketika melakukan jenayah menyayat hati itu.
Dia dipercayai bertindak kejam kerana hasratnya berkahwin ditentang keluarga termasuk bapa mangsa, Rosman Mohd Nor, 41, kerana tidak mempunyai sebarang pendapatan bagi menyara dirinya sendiri atau pun insan bergelar isteri.


Tiada yang lebih menyayat hati daripada imbasan wajah comel Mohd Adam Azrai terpampang di dada-dada akhbar sehari selepas kejadian - wajah suci anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, jauh sekali erti dendam dan sakit hati.

Sebuah rumah di Temerloh hangus dibakar sekumpulan penagih dadah, tahun lalu.

Mohd Adam Azrai bukan mangsa pertama penangan najis dadah yang tidak boleh dinafikan berjaya mengambil alih mengawal kewarasan penagih untuk melakukan tindak tanduk di luar batas kemanusiaan.

Mereka sudah tidak kenal saudara jika ketagihan memuncak dan dalam keadaan khayal selepas mengambil najis dadah itu, fikiran yang tidak stabil boleh mendorong penagih dadah melakukan apa saja, hatta membunuh sekalipun.

Malah kisah penagih dadah membuat kecoh dan mengugut anggota keluarga sudah kerap dilaporkan. Dalam kejadian Ogos lalu di Kuala Terengganu, seorang lelaki yang dipercayai penagih tegar dimasukkan ke Wad Psikiatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas mengamuk dan mengugut untuk meracun ahli keluarga serta jirannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Kampung Kelulut, Marang, suspek yang tinggal bersama ibu bapa dan kakaknya dikatakan tiba-tiba mengamuk dengan bertindak memecahkan cermin dan barangan dalam rumah, memotong wayar elektrik dan memancitkan tayar kereta milik keluarganya.

Mek Mong Mamat menjadi mangsa tetakan penagih dadah.

Sementara itu, di Kota Sarang Semut, Kedah, pada Julai lalu, seorang lelaki yang tidak sampai 24 jam dibebaskan dari penjara, dipercayai penagih dadah membakar 30 naskhah al-Quran yang disimpan dalam sebuah masjid di Kampung Tualang.

Seorang cucu pula sanggup mengugut membunuh nenek sendiri berusia 86 tahun sebelum meragut dua rantai emas dan satu loket berlian bernilai kira-kira RM3,500 miliknya di Kampung Molek dalam kejadian di Dungun pada November lalu.

Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai seorang penagih dan pernah ditahan kerana mencuri barangan milik ibu saudara serta adik-beradiknya, selain kesalahan dadah.

Dalam kejadian lebih kejam pada 2007 di Georgetown, seorang wanita warga emas berusia 56 tahun dipukul hingga mati sebelum mayatnya dibakar, dipercayai dilakukan seorang penagih dadah. Lelaki berusia 30-an itu dipercayai membunuh wanita berkenaan selepas mangsa enggan menyerahkan wang kepadanya.

Mudah sebenarnya meneka apa yang bersarang dalam fikiran mereka apabila sudah dikuasai najis dadah sehingga sanggup bertindak sedemikian rupa. Kewarasan yang semakin terhakis disebabkan ketagihan dadah menjadikan mereka hilang pertimbangan sebagai manusia, sebaliknya cuma menurut nafsu yang dipandu iblis untuk bertindak di luar batasan.
---------------------

DI FELDA UMAS, TAWAU TIDAK TERLEPAS DENGAN ISU DADAH, SYABU, GAM.. WALAUPUN DIPERINGATKAN AGAR IBUBAPA MENGAMBIL BERAT HAL TERSEBUT, HINGGA KINI IA BAGAIKAN 'MUSUH DALAM SELIMUT'.. APA LAGI USAHA YANG BELUM DIBUAT KHASNYA PIHAK FELDA?

Tiada ulasan: