Teruskan ikuti persoalan hukum di atas >>>>
Ust Wan Rafhan (Jabatan Agama Islam Kelantan) mengatakan :

1) Harus dan sah musafir ikut Imam Muqim cth : maghrib berjemaah dengan ahli jemaah surau, niat untuk jamak dan selepas itu sambung Isyak terus. Tapi bagi sembahyang yang 4 rakaat (Zohor, Asar, isyak), TIDAK SAH makmum MUSAFIR solat Qosar ikut Imam Solat Penuh. Kalau mammuk mahu ikut juga, dia mesti solat penuh 4 rakaat! Contoh Zohor, makmum musafir ikut solat 4 rakaat, lepas itu baru bangun solat Asar qosar 2 rakaat macam biasa.

2) Makmum Musafir jika masbuk (Imam di rakaat 3, contohnya), kena cukupkan 4 rakaat. Sebab Imam solat tamam (sempurna rakaat penuh), maka makmum WAJIB tamam juga. TIDAK SAH IMAM TAMAM, Makmum Qosar (pendek, 2 rakaat)!
3) Berbeza jika Imam solat qosar, makmum solat tamam (Tidak qosar/pendek), SAH SOLAT MAKMUM. Lepas Imam beri salam, makmum bangun dan sudahkan baki 2 rakaat.* gambar sekadar hiasan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan