Ahad, September 13, 2009

alhamdulillah... INDONESIA ambil langkah proaktif!

Duta: Pengugut rakyat M'sia hadapi tindakan
Salhan K Ahmad
Sep 11, 09
11:30am
kemaskini 2.04pm Indonesia akan mengambil tindakan terhadap pihak yang mengancam keselamatan rakyat Malaysia di republik tersebut, kata dutanya ke Kuala Lumpur hari ini.

Tan Sri Da'i Bachtiar berkata, kedutaan Indonesia di sini telah berhubung dengan pihak berkuasa republik itu untuk “mentertibkan” individu-individu terbabit.

"Kita memahami masyarakat Malaysia yang ada di Indonesia itu akan khuatir dengan aksi (tindakan) seperti itu.
------------------------------------------------
ya.. elok sangat diambil tindakan.. jika dibiarkan, berlarutan..

Kata mantan Ketua Polis Indonesia itu juga kelompok kecil itu bertindak demikian kerana tidak mengetahui kerajaan Indonesia telah menggunakan ruang diplomasi untuk menyatakan protes ke atas dakwaan Malaysia mencuri kebudayaan negara berkenaan.

Isu berkenaan berlarutan daripada penyiaran satu program melalui saluran televisyen Discovery Channel, yang memasukkan visual tarian pendet, yang menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia.

Saluran televisyen tersebut telah meminta maaf berhubung kesilapan mereka.

Tiada ulasan: