Khamis, September 03, 2009

Kelab Penyokong Pas mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. .

Bukan Islam mahu tahu hak mereka bila sertai PAS

Sep 2, 09 1:04pm
Pemimpin PAS diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai PAS, termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.

Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw (kanan), berkata masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.

"Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar PAS yang tidak berteraskan perkauman.

Hu berkata kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seolah-olah tidak diendahkan parti itu.

"Jika serius segerakanlah perkara ini dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai PAS," katanya.

Hu berkata kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. BERNAMA

-------------------

Saudara Hu Pang Chaw telah datang ke Tawau baru-baru ini... dia bercakap macam orang Cina Muslim... kesan duduk dengan Tok GURU.. mudahan2 dia kembali kepada Islam...

Tiada ulasan: