Selasa, September 22, 2009

1 sYAWAL DI FELDA UMAS, TAWAU 2009

Anak ke 2 Ust Yusry, Nurrifqeiy, anak salah seorang pendidik di Felda Umas, Tawau.. dah 2x beraya di perantauan... tak apa, hujung tahun jumpa tok dan tok wan :)

Anak sulung, Nurwaseelah. Pelajar Pasti Felda Umas. Di Pasti OK, pulang ke rumah, banyak kena 'beleteaq/beleter' ke dia.. tu la, kecik-kecik ni la nak rotan.. kata Datin (isteri Dato' Tarmizi-orang kuat Felda).. budak-budak kecik ni dirotan tak pandai lari dari rumah lagi.. kalau besaq baru nak rotan, tu yang pandai lari.. ikut kawan la.. ikut kekasih la.. time tu ' nasi dah jadi bubur' la jawabnya...

antara pemandangan menarik di Felda Umas pada pagi 1 syawal tahun ini! subhanallah.. di Umas ni, awal pagi 'oksigen' cukup banyak.. segar/fresh bah!

Kami dijemput ke rumah abang Maming, dekat surau Nurul Falah, Umas sebaik sahaja selesai solat hari Raya.. rumah dah hampir siap agaknya... nampak baru, berseri... kami sokong felda! Yang baik sahaja no.. he he



ntah kali ke berapa saya berada di Tawau pada 1 Syawal... dulu masa belajar di Timur Tengah pun sama juga... dalam 7 tahun belajar, agaknya 6x beraya di Jordan.. mak dah faham sangat 'ketiadaan anak sulung' di sisi pada hari raya..
Tabahkan lah hati ibuku ya Allah!

Tiada ulasan: