Jumaat, September 04, 2009

Ambillah pengajaran.. Surah Az-Zalzalah ayat 1 dan 2 (Gempa Bumi) Yang Banyak Sekarang...

'Gali dengan tangan'- b/harian 4/9/09



ANGGOTA penyelamat menjumpai mayat dalam timbunan tanah runtuh akibat gempa bumi kuat di Cianjur, Jawa Barat, semalam.

57 dilaporkan maut, 110 cedera dalam gempa

CIKANGKARENG: Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan tangan menggali batu dan runtuhan semalam, bagi mencari berpuluh-puluh penduduk kampung dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang tercetus akibat gempa bumi kuat.

"Sekurang-kurangnya 57 orang maut dan 110 orang dirawat di hospital setakat ini, termasuk 10 cedera parah dalam kejadian gempa di pulau Jawa yang padat dengan penduduk itu," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Priyadi Kardono.

--------------------------

maksud ayat 1 dan 2 Surah Az-zalzalah :

" ketika bumi digoncangkan dengan kegoncangan yang hebat. Dan bumi mengeluarkan isinya"

Bacalah al-quran wahai umat Islam.. hanya inilah sahaja mukjizat yang boleh membantu kita untuk mencari rahsia kejadian bencana Alam akhir zaman ini..

Tiada ulasan: