Isnin, September 21, 2009

'Sisters In Islam' (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa?

* Hukuman Jenayah Islam di atas dilaksanakan namun, berbeza dengan hukum ciptaan manusia. Yang ketara, orang yang dihukum, menutup aurat, dihukum di khalayak ramai.

Isnin 21 September 2009 | 1 Shawwal 1430 Hijrah
SIS agen musuh Islam - Ketua Dewan Ulama PAS
Harakahdaily
Mon | Sep 21, 09 | 7:39:19 am MYT

HULU TERENGGANU, 21 Sept:" 'Sisters In Islam' (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang.

Iklan

"Cuba tanya 'Sisters In Islam' kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

"Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman itu Islam dia tentang, maknanya dia tentang Islam !,"kata Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib.

-----------------------------------------------

ULASAN mahkamah-akhirat :

SIS tak faham hukum Islam... kalau dia faham, dah lama puak-puak dia tutup aurat.. ini rambut pun terbuka.. manakan tidak, SYARAT UTAMA JADI ANGGOTA SIS- buka aurat! he he.. kerja syaitan...

*** UMNO, DOK DIAM KA SIS NAK KACAU HUKUM JENAYAH ISLAM YANG SEDIA ADA (WALAU TAK BERAPA NAK ISLAM LAGI)???


Tiada ulasan: