Sabtu, September 12, 2009

RESPON ANDA : umno-parti iSLAM?

logoumno


Datuk Seri Najib Tun Razak – UMNO Parti Islam

cover_najibrosmahaltantuyaSIK 10 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini. –
---------------------------------------------------

RESPON rakan saya :

1) saudara Mazlee Malik (Ijazah Syariah & Master) -

Islam tidak boleh dimonopoli oleh mana2 pihak.

Najib ada hak kata UMNO parti Islam. Cuma Islam yang bagaimana?

Islam Saudi tak sama dgn Islam Iran, Islam Iran tak sama dgn Oman, Oman tak sama dgn Sudan, begitu jugalah Islam UMNO tak sama dgn Islam PAS.

Islam UMNO adalah Islam rasuah, Islam pecah amanah, Islam kronisme, Islam fitnah dan pecah belah, Islam ekstrimis bangsa, Islam keapal lembu mcm kes seksyen 23 Shah Alam.

Dalam wacana politik, sepatutnya isu tadbirurus yg jadi kayu pengukurnya. Tidak kiralah Islam apa yang nak dibawa, jika pentadbiran korup, rasuah, tiada integriti dan juga menzalimi rakyat, maka wajib ditentang dan diperbaiki.

PAS tak perlu bubar kalau UMNO nak Islam. Nanti siapa pula nak pastikan UMNO yg Islam itu sentiasa berada di atas landasan yg benar?

Usaha amar maruf nahy munkar wajib diteruskan hatta jika negara telah berhukum dgn hukum Islam. Itulah yg Nabi dan para ulama ajarkan kpd kita.

Sepatutnya diwujudkan indeks 'Islamic Governance' utk ukur pentadbiran mana yg lebih Islam...

------------------

Saya masih menanti respon rakan-rakan lain....

Kalau saya lah kan.. jika kita parti Islam.. kena beza dengan parti syaitan.. perlembagaan Malaysia kena mengucap 2 kalimah syahadah dulu (kata Tuan Guru Hj Hadi).. masakan, perlembagaan negara tidak mendaulatkan Al-quran dan As-sunnah.. Al-Quran kata kedai arak hanya untuk bukan Islam, kalau ada pun 1 sahaja sebagai pusat, tapii mengapa banyak betoi lesen yang Majlis Bandaran luluskan? itu simpel lah tu.. nak hujah berat-berat lagi UMNO tak faham kot? Puak2 ustaz ustazah dia punyalah ramai... takkan sorang pun tak boleh habaq/beritahu?

Tiada ulasan: