'Mata-mata PAS' dalam kem tentera(malaysiakini.com) | ||
PAS mempunyai penyokong-penyokong di kem tentera dan balai polis yang akan bertindak sebagai "mata-mata" parti itu untuk memantau kempen-kempen BN ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Ketua Penerangan Pemuda PAS berkata individu-individu berkenaan termasuk pegawai tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan. "Mereka adalah sumber maklumat kita untuk pastikan BN tidak menjalankan kempen dalam kem," kata Suhaizan Kaiat ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini. "Nama kapten bersara itu kami tahu. Kami beritahu satu saja... bermula dengan R." Diminta mengulas dakwaan blog ini, Suhaizan berkata: "Siapa mereka itu, kita tidak boleh beritahu, nanti mereka akan kena tindakan pula." "Maksudnya kalau kita (PAS) tidak boleh berkempen dalam kem, BN tidak boleh juga. Kalau BN boleh, kita pun mesti boleh." "Saya rasa (Abdul Latif) silap. Berpolitik ini apabila seseorang itu ada jawatan dalam parti atau terlibat secara aktif dalam parti politik. "Tapi tujuan kita (berkempen di dalam kem) adalah untuk memberi maklumat kepada pengundi, bukan untuk jadikan tentera berpolitik. "Apakah mendapatkan maklumat (pilihan raya) itu juga berpolitik?" katanya. --------------------------------------------------- yusz felda :>> " BN reka muslihat, Pakatan rakyat pun cipta muslihat.. Namun Muslihat Allah lebih baik! Apa muslihat Allah ya.. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Ahad, September 27, 2009
Wa Makaru.. Wa Makarallah.. Bagan Pinang!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan